1. Pengertian Ekonomi
Ekonomi - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
Sumber -sumber terhad : Buruh, Usahawan, Tanah, Modal, (SE = BUTM)
I. Buruh:
- Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia.
- Boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain.
- Terdiri daripada tiga kumpulan iaitu, buruh mahir, buruh separuh mahir dan buruh tidak mahir
- Ganjarannya ialah upah
- Contohnya, doktor, guru, pembantu rumah, buruh binaan dan lain-lain.
II. Usahawan :
- Individu yang menggabungkan buruh,tanah dan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Orang yang menanggung risiko yang tidak boleh diinsurankan.
- Ganjarannya adalah untung.
- Contohnya, pengusaha, peniaga, peruncit dan pemborong.
III. Tanah :
- Alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan.
- Penawarannya adalah terhad.
- Merupakan bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
- Ganjarannya adalah sewa
- Contohnya, bahan galian, hasil laut dan khazanah hutan.
IV. Modal :
- Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Dapat mempercepatkan proses pengeluaran.
- Terbahagi kepada dua kumpulan modal iaitu:
a) modal fizikal yang terdiri daripada loji, jentera dan peralatan
b) modal kerja yang terdiri daripada wang tunai, stok dan bahan mentah.
- Ganjarannya adalah faedah.
- Contohnya, Mesin, kilang dan jentera
I. Firma
- Suatu unit organisasi yang merancang cara bagaimana menggunakan input pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
II. Isi Rumah
- Unit penggunaan dalam ekonomi yang terdiri daripada seorang individu, sekumpulan individu, atau sebuah keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah.
III. Kerajaan
- Unit pentadbiran negara yang merancang projek-projek infrastruktur dengan menggunakan sumber-sumber yang terhad untuk memaksimumkan kebajikan rakyat.
3. Masalah Ekonomi (ME = KPKL)
Unit-Unit Ekonomi | Kekurangan | Pilihan | Kos Lepas |
Isi Rumah | Pendapatan atau wang yang terhad(kehendak tidak terhad) Contoh : wang yang ada hanya cukup untk membeli kasut sukan atau buku rujukan | Memilih barang atau perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan Samada membeli buku rujukan atau membeli kasut sukan | Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang yang terbaik Kos lepas bagi kasut sukan ialah buku rujukan |
Firma | Faktor pengeluaran yang terhad (Buruh,Tanah ,Modal) | Memilih Keluaran yang memaksimumkan keuntungan Samada memilih mengeluarkan tv atau radio | Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan Kos lepas bagi tv adalah radio |
Kerajaan | Sumber hasil kerajaan terhad | Memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan Samada memilih membina hospital atau sekolah | Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan Kos lepas bagi hospital ialah sekolah |
4. Jenis-Jenis Barang (JB = PAE)
I. Barang Percuma
- Anugerah alam semulajadi(ciptaan Allah)
- penawaran tidak terhad
- tiada bayaran
- tiada kos lepas
- Contoh : matahari,udara,angina
II. Barang Awam
- disediakan oleh kerajaan
- penawaran terhad
- tiada pengecualian untuk menggunakannya
- ada kos lepas
- Contoh : jalan raya,lampu isyarat,perkhidmatan polis
III. Barang Ekonomi
- dikeluarkan oleh pihak swasta
- penawaran terhad
- ada bayaran
- ada kos lepas
- Contoh :kereta,perabot
Contoh Soalan
1) Bezakan air mineral dengan air hujan
2) Huraikan ciri -ciri barang awam
3) Bezakan jalan raya dan lebuh raya
1) Bezakan air mineral dengan air hujan
2) Huraikan ciri -ciri barang awam
3) Bezakan jalan raya dan lebuh raya
5. Masalah Asas Ekonomi (MAE = ABBU)
Terdapat Empat Masalah Asas Ekonomi:
I) Apa Yang Hendak Dikeluarkan
-penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaran
II) Berapa Yang Hendak Dikeluarkan
-penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaran
III) Bagaimana Hendak Dikeluarkan
-penentuan cara pengeluaran barang
-cara yang paling cekap, sama ada intensif buruh atau intensif modal
-supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kos
IV) Untuk Siapa Dikeluarkan
- penentuan corak agihan barang
-mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli pengguna
CONTOH SOALAN:
I) Apa Yang Hendak Dikeluarkan
-penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaran
II) Berapa Yang Hendak Dikeluarkan
-penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaran
III) Bagaimana Hendak Dikeluarkan
-penentuan cara pengeluaran barang
-cara yang paling cekap, sama ada intensif buruh atau intensif modal
-supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kos
IV) Untuk Siapa Dikeluarkan
- penentuan corak agihan barang
-mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli pengguna
CONTOH SOALAN:
6. Sistem Ekonomi (SE = KPCI)
Ciri-ciri | Sistem Ekonomi | |||
Kapitalis | Perancangan Pusat | Campuran | Islam | |
Pemilikan sumber | Sumber dimiliki oleh individu dan swasta | Sumber dimiliki oleh kerajaan | Sumber dimiliki oleh individu dan kerajaan | Sumber dimiliki oleh Allah s.w.t / tuhan |
Pembuat keputusan | Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta | Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak kerajaan | Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta dan kerajaan | Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta dan kerajaan Islam mengikut hukum syarak |
Pilihan | Individu bebas memilih barangan dan pekerjaan | Pilihan individu terhad kerana pilihan dibuat oleh kerajaan | Individu bebas memilih tetapi sesetengah barangan adalah dikawal oleh kerajaan | Individu bebas memilih barangan dan pekerjaan yang halal |
Penentu harga | Harga ditentukan oleh mekanisme harga | Harga ditentukan oleh kerajaan | Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan | Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan yang berlandaskan prinsip Islam |
Persaingan | Firma bebas bersaing dan mempunyai daya usaha yang tinggi | Tiada persaingan untuk mendapatkan sumber | Berlaku persaiang antara pengeluar, kerajaan akan campur tangan jika persaingan tidak sihat. | Berlakunya persaingan yang sihat |
Motif | Matlamat firma untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dan kos pengeluaran yang minimum | Matlamat kerajaan untuk memaksimum kebajikan rakyat | Matlamat firma untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dan kerajaan untuk memaksimum kebajikan rakyat | Keuntungan yang berpatutan (bukan riba) dan kebajikan masyarakat dipentingkan |
Contoh negara | Diamalkan oleh Amerika Syarikat, Britian, Hong Kong | Diamalkan oleh Cuba, Korea Utara, Russia | Diamalkan oleh Malaysia, Jepun, Singapura | Diamalkan oleh Iran, Arab Saudi, Pakistan |
7. Sebab Kerajaan Campur Tangan (KCT = KAPSEM)
I. Untuk mencapai Kestabilan ekonomi
II. Untuk mengeluarkan barang Awam
III. Untuk agihan Pendapatan yang lebih setara
IV. Untuk mengurangkan kesan Sampingan negative
V. Untuk mencapai pembangunan Ekonomi yang mantap dan seimbang
VI. Untuk mengawal Monopoli
8. Cara Kerajaan Campur Tangan (CCT = BACSU)
I. Pengeluaran Barang Awam secara langsung
II. Mengenakan Cukai
III. Memberi Subsidi
IV. Menguatkuasakan Undang-undang dan peraturan
9. Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Oleh Sistem Ekonomi
Masalah asas ekonomi | Sistem Ekonomi | |||
Kapitalis | Perancangan Pusat | Campuran | Islam | |
Apa yang hendak dikeluarkan | Barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna | Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui badan perancangan pusatnya | Barang swasta dikeluarkan oleh pihak swasta manakala barang awam dikeluarkan oleh kerajaan | Barangan halal yang diminta oleh pengguna |
Berapa yang hendak dikeluarkan | Ditentukan oleh mekanisme harga | Ditentukan oleh badan perancangan pusat | Ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan | Ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan dengan berlandaskan prinsip Islam |
Bagaimana hendak dikeluarkan | Berdasarkan kepada kos pengeluaran yang minimum dan boleh mendatangkan keuntungan yang maksimum | Kaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat | Kaedah yang mendatangkan keuntungan yang maksimum (pihak swasta) dan kaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat (kerajaan) | Kaedah yang mendatangkan keuntungan yang maksimum (pihak swasta) dan kaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat (kerajaan) |
Untuk siapa dikeluarkan | Mengikut agihan pendapatan. Golongan yang kaya akan mendapat lebih banyak barangan berbanding golongan miskin. Agihan pendapatan adalah tidak setara | Barang diagihkan secara sama rata kepada semua rakyat | Barangan swasta dibahagikan mengikut agihan pendapatan manakala barangan awam untuk semua golongan terutama orang miskin | Semua golongan baik yang kaya atau yang miskin dapat memiliki barangan keperluan asas kerana kepentingan masyarakat dan keadilan sosial diutamakan |
10. Kebaikan dan Kelemahan Sistem Ekonomi Kapitalis dan Perancangan Pusat
Sistem Ekonomi | Kelebihan | Kelemahan |
Sistem Ekonomi Kapitalis | a) Pilihan barangan yang banyak b) Daya usaha individu yang tinggi c) Ekonomi berkembang maju d) Kecekapan dalam penggunaan sumber | a) Agihan pendapatan yang tidak seimbang b) Tiada pengeluaran barangan awam c) Wujudnya kuasa monopoli d) Berlakunya ketidakstabilan ekonomi e) Berlaku persaingan yang tidak sihat antara pengeluar f) Kebajikan masyarakat diabaikan g) Berlakunya kesan luaran yang negatif h) Sumber diagihkan dengan cara yang salah |
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat | a) Agihan pendapatan lebih setara b) Kebajikan masyakat diutamakan c) Barangan awam dapat disediakan d) Pembaziran sumber daripada persaingan yang tidak sihat dapat dikurangkan | a) Pilihan individu terhadap barangan terhad b) Sistem pentadbiran yang birokratik c) Daya usaha individu yang rendah d) Ketidakcekapan dalam agihan sumber |
Assalamualaikum..
ReplyDeleteMohon perkongsian bahan ini untuk kegunaan pelajar saya dan sebagai nota di dalam VLE Frog saya..Terima kasih
Assalamualaikum cikgu,
ReplyDeleteterima kasih di atas nota yang berguna ini.
macam mnae saya nak dpt kan untuk bab 2
ReplyDeletemacam mnae saya nak dpt kan untuk bab 2
ReplyDeleteAssalamualaikum .. mohon share ya. trima kasih :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. sy mohon share nota ni ye...terima kasih
ReplyDeletenota yang sangat berguna , tq cikgu
ReplyDeleteterima kasih now i phm
ReplyDeleteTerima kasih cikgu.
ReplyDeleteSangat berguna kpd saya~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletetq cikgu..
ReplyDeleteAlhamdulillah mohon share ye..nk topik2 lain boleh x cikgu..smg berkembang ilmu dan berkati ilmu cikgu ni..
ReplyDeleteMacamana nk dpt topik lain ye
very good
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSangat berguna
ReplyDeleteAssalamulaikum cikgu? Cikgu Bab 2 adakah? 👉👈
ReplyDeleteAssalamulaikum cikgu? Cikgu Bab 2 adakah? 👉👈
ReplyDeleteNota ini sangat berguna...Terinja Kasih
ReplyDeleteRingkas dan padat
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih atas nota yg ringkas dan padat
ReplyDeleteTerima kasih banyam cikgu . nota ini amat membantu
ReplyDeletehuwaaaaa terima kasihh,sgt bermanfaat..
ReplyDeletemoga dicucuri pahalaa....
Thank you a lot!
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteNota yang cukup untuk difahami
ReplyDeleteThanks
finally,jumpa jugak nota Eko bab 1 yang padat dan mudah faham.terima kasih cikgu
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Nota ini sangat berguna kepada sya.
ReplyDelete