Tuesday 11 August 2015

Kata kunci soalan Ekonomi Asas


Sunday 9 August 2015

ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN EKONOMI ASAS SPM 2008 – 2014 (BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI)


TAJUK
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015*
Masalah Ekonomi


1a

6a
1a

Sumber Ekonomi
1a





6f

Jenis Barang
1b
1a

1b
1a

1a
Masalah Asas Ekonomi
1c







Sistem Ekonomi
1d
1b
1b
1a
1b
1b
1b

a) Islam





b) Kapitalis





c) Perancangan Pusat






d) Campuran




e) Peranan Kerajaan







Wednesday 5 August 2015

Mutiara kata hari ini

1. ADALAH BAIK UNTUK MERAYAKAN KEJAYAAN, TETAPI YANG LEBIH PENTING ADALAH UNTUK MENGAMBIL PENGAJARAN DARI KEGAGALAN.

2. AGAMA TANPA ILMU ADALAH BUTA. ILMU TANPA AGAMA ADALAH LUMPUH

3. BERIKAN SEORANG PEMUDA SEMANGKUK NASI DAN KAMU AKAN MEMBERINYA MAKANAN UNTUK SEHARI. AJARKAN SESEORANG PEMUDA MENANAM PADI DAN ANDA AKAN MEMBERIKANNYA MAKANAN SEUMUR HIDUP.

4. IF YOU WANT TO GET LAID, GO TO COLLEGE. IF YOU WANT AN EDUCATION, GO TO THE LIBRARY.

Soal jawab wang dan institusi kewangan

SOALAN 
Apakah ciri-ciri wang?
JAWAPAN
1. Diterima umum.
Orang ramai yakin dan menerima benda yang dugunakan sebagai wang.
2. Penawaran terhad
Kuantiti wang mestilah terhad untuk menjamin kestabilan nilai
3. Kestabilan nilai
Nilai terhadap benda yang dianggap sebagai wang tidak mudah berubah
4. Tahan lama
Komoditi yang digunakan sebagai wang mestilah tahan lama dan tidak mudah rosak
5. Mudah dibawa
Komoditi itu mestilah ringan, bersaiz kecil dan mudah di bawa
6. Boleh dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil
Membolehkan urusniaga mudah diurus

SOALAN
Mengapakah sistem wang wujud?
JAWAPAN
Disebabkan oleh kelemahan sistem barter iaitu:
a) Memerlukan dua kehendak serentak dalam pertukaran barang
b) Barangan tidak mempunyai ukuran nilai yang tepat
c) Barangan tidak mempunyai simpanan nilai yang baik serta tidak tahan lama
d) Barangan tersebut sukar dibahagikan kepada unit yang lebih kecil

SOALAN
Terangkan fungsi wang
JAWAPAN
1. Sebagai alat perantaraan pertukaran
Memerlukan sejumlah wang tertentu untuk membeli sesuatu barang.
2. Sebagai alat ukuran nilai
Barang-barang dapat dinilai dalam bentuk harga
3. Sebagai alat simpanan nilai
Siafat wang yang tidak mudah rosak dan tahan lama dalam suatu jangka masa panjang, menggalakkan orang ramai untuk membuat simpanan dan pelaburan.
4. Sebagai alat bayaran tertunda
Fungsi ini membolehkan sesuatu barang itu boleh dibayar secara ansuran dan membantu urusniaga kredit untuk berkembang.

Tuesday 4 August 2015

Tip menarik minat pemeriksa

1. Para pemeriksa akan memberi markah kepada jawapan yang betul. Walau bagaimanapun, jawapan yang diberi tidak semestinya mengikut skema jawapan.

2. Markah akan diberi oleh pemeriksa, sekiranya jawapan itu tepat walaupun jawapan itu tiada dalam skema jawapan.

3. Kamu perlu memastikan jawapan yang diberikan itu jelas, mudah untuk dibaca dan tepat.

4. Sebaik-baiknya dapat memberikan jawapan lebih daripada apa yang diminta soalan. Cara ini akan menyelamatkan kamu daripada kehilangan markah untuk jawapan yang kurang tepat.

5. Faham kata kerja dan jawab mengikut kata kunci soalan. Markah yang diperuntukkan menentukan panjang atau pendek jawapan anda.