Thursday 3 November 2011

SUMBER EKONOMI



Sumber ekonomi ialah faktor-faktor pengeluaran yang diperlukan untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan.

Sumber ekonomi (faktor pengeluaran) terdiri daripada empat jenis iaitu buruh, tanah, modal dan usahawan.
Sumber Ekonomi
Maksud/Huraian
Contoh
Buruh
Tenaga manusia yang disumbangkan sama ada dari segi fizikal atau mental. Terbahagi kepada buruh mahir dan buruh tidak mahir
Buruh mahir - jurutera, peguam, akauntan Buruh tidak mahir - buruh kasar, operator, petani
Tanah
Anugerah daripada alam semula jadi dan penawarannya adalah terhad. Ianya meliputi sumber di permukaan bumi mahupun di dalam bumi. Terbahagi kepada sumber yang dapat diperbaharui dan sumber yang tidak dapat diperbaharui.
Sumber yang dapat diperbaharui - sumber hutan dan sumber laut. Sumber yang tidak dapat diperbaharui - galian seperti bijih timah,perak, tembaga dan petroleum.
Modal
Alat atau wang yang digunakan dalam proses pengeluaran. Modal dapat meningkatkan keupayaan pengeluaran, memudahkan proses pengeluaran, dan mempercepatkan teknik pengeluaran bagi meningkatkan output.
peralatan, jentera dan kilang
Usahawan
Individu yang menggabung dan menyelaras faktor-faktor pengeluaran yang lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan



Setiap faktor pengeluaran tersebut adalah terhad penawarannya.



BURUH
Sebuah kilang membuat perabot memerlukan buruh dalam proses pengeluarannya. Buruh ini terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir. Buruh tidak mahir terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran perabot. Kerja-kerja seperti memotong papan, kayu dan papan lapis serta memasang keratan2 tersebut hinga menjadi perabot dilakukan oleh buruh tidak mahir.Sebuah kilang papan juga mungkin memerlukan buruh mahir seperti pengurus pengeluaran, pengurus pemasaran, akauntan dan sebagainya untuk menjalankan operasi kilang tersebut.


TANAH
Asas kepada pengeluaran perabot ialah bahan-bahan yang dibuat daripada kayu seperti papan dan papan lapis. Sumber ini berasal daripada pokok-pokok tertentu. Sumber hutan ini tergolong dalam sumber yang boleh diperbaharui.


MODAL
Dalam proses pengeluaran perabot, pelbagai alat/mesin digunakan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran. Kerja-kerja dapat dipercepatkan dan lebih banyak output dapat dikeluarkan. Contohnya penggunaan mesin pemotong kayu/papan dapat meningkatkan jumlah bahagian-bahagian sesebuah perabot disiapkan berbanding dengan penggunaan kaedah lama iaitu memotong dengan menggunakan gergaji tangan. Modal dalam bentuk wang juga diperlukan bagi membeli bahan-bahan mentah seperti kayu dan papan serta bahan-bahan lain dalam pengeluaran perabot.


USAHAWAN
Pemilik kilang perabot tersebut perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang membuat perabot kerana beliaulah yang akan menentukan gabungan faktor-faktor pengeluaran buruh, tanah serta modal yang diperlukan untuk mengeluarkan perabot. Beliau perlu menyelaraskan faktor-faktor tersebut supaya dapat memaksimumkan output dan meminimumkan kos pengeluaran bagi mencapai keuntungan yang maksimum. Sekiranya beliau gagal untuk mengawal faktor-faktor tersebut dengan cekap dan berkesan, beliau akan menanggung risiko kerugian dalam perniagaan membuat perabot tersebut.


Post Semua faktor pengeluaran adalah terhad penawarannya. Pemilik faktor pengeluaran yang terlibat dalam proses pengeluaran akan menerima ganjaran dalam bentuk yang tertentu.

BURUH
Semua buruh akan menerima upah wang sebagai ganjaran kerana terlibat dalam proses pengeluaran.

TANAH
Pemilik faktor pengeluaran tanah akan menerima ganjaran dalam bentuk sewa.

MODAL
Ganjaran kepada faktor pengeluaran modal ialah faedah.

USAHAWAN
Ganjaran kepada usahawan ialah keuntungan.

No comments:

Post a Comment