Thursday, 3 November 2011

NOTA BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI



 

1. Pengertian Ekonomi

Ekonomi - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
Sumber -sumber terhad : Buruh, Usahawan, Tanah, Modal, (SE = BUTM)
I.   Buruh:
- Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia.
- Boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain.
- Terdiri daripada tiga kumpulan iaitu, buruh mahir, buruh separuh mahir dan buruh tidak mahir
- Ganjarannya ialah upah
- Contohnya, doktor, guru, pembantu rumah, buruh binaan dan lain-lain.
II. Usahawan :
- Individu yang menggabungkan buruh,tanah dan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Orang yang menanggung risiko yang tidak boleh diinsurankan.
- Ganjarannya adalah untung.
- Contohnya, pengusaha, peniaga, peruncit dan pemborong.
III. Tanah :
- Alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan.
- Penawarannya adalah terhad.
- Merupakan bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
- Ganjarannya adalah sewa
- Contohnya, bahan galian, hasil laut dan khazanah hutan.
IV. Modal :
- Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Dapat mempercepatkan proses pengeluaran.
- Terbahagi kepada dua kumpulan modal iaitu:
   a) modal fizikal yang terdiri daripada loji, jentera dan peralatan
   b) modal kerja yang terdiri daripada wang tunai, stok dan bahan mentah.
- Ganjarannya adalah faedah.
- Contohnya, Mesin, kilang dan jentera

2. Unit Ekonomi (UE = FIK)
I. Firma
- Suatu unit organisasi yang merancang cara bagaimana menggunakan input pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
II. Isi Rumah
- Unit penggunaan dalam ekonomi yang terdiri daripada seorang individu, sekumpulan individu, atau sebuah keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah.
III. Kerajaan
- Unit pentadbiran negara yang merancang projek-projek infrastruktur dengan menggunakan sumber-sumber yang terhad untuk memaksimumkan kebajikan rakyat.

3. Masalah Ekonomi (ME = KPKL)

Unit-Unit Ekonomi
Kekurangan
Pilihan
Kos Lepas
Isi Rumah
Pendapatan atau wang yang terhad(kehendak tidak terhad)
Contoh : wang yang ada hanya cukup untk membeli kasut sukan atau buku rujukan
Memilih barang atau perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan
Samada membeli buku rujukan atau membeli kasut sukan
Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang yang terbaik
Kos lepas bagi kasut sukan ialah buku rujukan

Firma

Faktor pengeluaran yang terhad (Buruh,Tanah ,Modal)


Memilih Keluaran yang memaksimumkan keuntungan
Samada memilih mengeluarkan tv atau radio
Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
Kos lepas bagi tv adalah radio


Kerajaan

Sumber hasil kerajaan terhad

Memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan
Samada memilih membina hospital atau sekolah
Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
Kos lepas bagi hospital ialah sekolah

4. Jenis-Jenis Barang (JB = PAE)

I. Barang Percuma
- Anugerah alam semulajadi(ciptaan Allah)
- penawaran tidak terhad
- tiada bayaran
- tiada kos lepas
- Contoh : matahari,udara,angina

II. Barang Awam
- disediakan oleh kerajaan
- penawaran terhad
- tiada pengecualian untuk menggunakannya
- ada kos lepas
- Contoh : jalan raya,lampu isyarat,perkhidmatan polis

III. Barang Ekonomi
- dikeluarkan oleh pihak swasta
- penawaran terhad
- ada bayaran
- ada kos lepas
- Contoh :kereta,perabot

Contoh Soalan
1) Bezakan air mineral dengan air hujan
2) Huraikan ciri -ciri barang awam
3) Bezakan jalan raya dan lebuh raya

5. Masalah Asas Ekonomi (MAE = ABBU)
Terdapat Empat Masalah Asas Ekonomi:
I) Apa Yang Hendak Dikeluarkan
-penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaran
II) Berapa Yang Hendak Dikeluarkan
-penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaran
III) Bagaimana Hendak Dikeluarkan
-penentuan cara pengeluaran barang
-cara yang paling cekap, sama ada intensif buruh atau intensif modal
-supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kos
IV) Untuk Siapa Dikeluarkan
- penentuan corak agihan barang
-mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli pengguna

CONTOH SOALAN:


6. Sistem Ekonomi  (SE = KPCI)

Ciri-ciri
Sistem Ekonomi
Kapitalis
Perancangan Pusat
Campuran
Islam
Pemilikan sumber
Sumber dimiliki oleh individu dan swasta
Sumber dimiliki oleh kerajaan
Sumber dimiliki oleh individu dan kerajaan
Sumber dimiliki oleh Allah s.w.t / tuhan
Pembuat keputusan
Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta
Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak kerajaan
Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta dan kerajaan
Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta dan kerajaan Islam mengikut hukum syarak
Pilihan
Individu bebas memilih barangan dan pekerjaan
Pilihan individu terhad kerana pilihan dibuat oleh kerajaan
Individu bebas memilih tetapi sesetengah barangan adalah dikawal oleh kerajaan
Individu bebas memilih barangan dan pekerjaan yang halal
Penentu harga
Harga ditentukan oleh mekanisme harga
Harga ditentukan oleh kerajaan
Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan
Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan yang berlandaskan prinsip Islam
Persaingan
Firma bebas bersaing dan mempunyai daya usaha yang tinggi
Tiada persaingan untuk mendapatkan sumber
Berlaku persaiang antara pengeluar, kerajaan akan campur tangan jika persaingan tidak sihat.
Berlakunya persaingan yang sihat
Motif
Matlamat firma untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dan kos pengeluaran yang minimum
Matlamat kerajaan untuk memaksimum kebajikan rakyat
Matlamat firma untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dan kerajaan untuk memaksimum kebajikan rakyat
Keuntungan yang berpatutan (bukan riba) dan kebajikan masyarakat dipentingkan
Contoh negara
Diamalkan oleh Amerika Syarikat, Britian, Hong Kong
Diamalkan oleh Cuba, Korea Utara, Russia
Diamalkan oleh Malaysia, Jepun, Singapura
Diamalkan oleh Iran, Arab Saudi, Pakistan

7. Sebab Kerajaan Campur Tangan (KCT = KAPSEM)

I.                   Untuk mencapai Kestabilan ekonomi
II.                Untuk mengeluarkan barang Awam
III.             Untuk agihan Pendapatan yang lebih setara
IV.             Untuk mengurangkan kesan Sampingan negative
V.                Untuk mencapai pembangunan Ekonomi yang mantap dan seimbang
VI.             Untuk mengawal Monopoli

8. Cara Kerajaan Campur Tangan (CCT = BACSU)

I.                   Pengeluaran Barang Awam secara langsung
II.                Mengenakan Cukai
III.             Memberi Subsidi
IV.             Menguatkuasakan Undang-undang dan peraturan


 

9. Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Oleh Sistem Ekonomi

 

Masalah asas ekonomi
Sistem Ekonomi
Kapitalis
Perancangan Pusat
Campuran
Islam
Apa yang hendak dikeluarkan
Barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna
Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui badan perancangan pusatnya
Barang swasta dikeluarkan oleh pihak swasta manakala barang awam dikeluarkan oleh kerajaan
Barangan halal yang diminta oleh pengguna
Berapa yang hendak dikeluarkan
Ditentukan oleh mekanisme harga
Ditentukan oleh badan perancangan pusat
Ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan
Ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan dengan berlandaskan prinsip Islam
Bagaimana hendak dikeluarkan
Berdasarkan kepada kos pengeluaran yang minimum dan boleh mendatangkan keuntungan yang maksimum
Kaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat
Kaedah yang mendatangkan keuntungan yang maksimum (pihak swasta) dan kaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat (kerajaan)
Kaedah yang mendatangkan keuntungan yang maksimum (pihak swasta) dan kaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat (kerajaan)
Untuk siapa dikeluarkan
Mengikut agihan pendapatan. Golongan yang kaya akan mendapat lebih banyak barangan berbanding golongan miskin. Agihan pendapatan adalah tidak setara
Barang diagihkan secara sama rata kepada semua rakyat
Barangan swasta dibahagikan mengikut agihan pendapatan manakala barangan awam untuk semua golongan terutama orang miskin
Semua golongan baik yang kaya atau yang miskin dapat memiliki barangan keperluan asas kerana kepentingan masyarakat dan keadilan sosial diutamakan
10. Kebaikan dan Kelemahan Sistem Ekonomi Kapitalis dan Perancangan Pusat

Sistem Ekonomi
Kelebihan
Kelemahan
Sistem Ekonomi Kapitalis
a) Pilihan barangan yang banyak
b) Daya usaha individu yang tinggi
c) Ekonomi berkembang maju
d) Kecekapan dalam penggunaan sumber
a) Agihan pendapatan yang tidak seimbang
b) Tiada pengeluaran barangan awam
c) Wujudnya kuasa monopoli
d) Berlakunya ketidakstabilan ekonomi
e) Berlaku persaingan yang tidak sihat antara pengeluar
f) Kebajikan masyarakat diabaikan
g) Berlakunya kesan luaran yang negatif
h) Sumber diagihkan dengan cara yang salah
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
a) Agihan pendapatan lebih setara
b) Kebajikan masyakat diutamakan
c) Barangan awam dapat disediakan
d) Pembaziran sumber daripada persaingan yang tidak sihat dapat dikurangkan
a) Pilihan individu terhadap barangan terhad
b) Sistem pentadbiran yang birokratik
c) Daya usaha individu yang rendah
d) Ketidakcekapan dalam agihan sumber

13 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Mohon perkongsian bahan ini untuk kegunaan pelajar saya dan sebagai nota di dalam VLE Frog saya..Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu,
    terima kasih di atas nota yang berguna ini.

    ReplyDelete
  3. macam mnae saya nak dpt kan untuk bab 2

    ReplyDelete
  4. macam mnae saya nak dpt kan untuk bab 2

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum .. mohon share ya. trima kasih :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. sy mohon share nota ni ye...terima kasih

    ReplyDelete
  7. nota yang sangat berguna , tq cikgu

    ReplyDelete
  8. Terima kasih cikgu.
    Sangat berguna kpd saya~

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah mohon share ye..nk topik2 lain boleh x cikgu..smg berkembang ilmu dan berkati ilmu cikgu ni..
    Macamana nk dpt topik lain ye

    ReplyDelete