Struktur Ekonomi Negara 
Struktur ekonomi sesebuah negara boleh dimaksudkan sebagai peringkat-peringkat pengeluaran yang terdiri daripada beberapa sektor yang berdasarkan aktiviti-aktiviti di dalamnya.
Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.
Sektor Utama
- Melibatkan aktiviti peringkat awal dalam proses pengeluaran.
 - Pengeluaran bahan mentah yang terdiri daripada aktiviti pertanian dan hasil bumi merupakan aktiviti sektor ini.
 - Terdiri daripada beberapa sektor iaitu sektor pertanian, sektor perhutanan, sektor perikanan, sektor penternakan serta sektor perlombongan dan kuari.
 
Sektor Kedua
- Merupakan tahap kedua dalam proses pengeluaran iaitu aktiviti pemprosesan bahan mentah menjadi barang siap atau separuh siap.
 - Terdiri daripada sektor perkilangan dan sektor pembinaan.
 
Sektor Ketiga
- Dikenali sebagai sektor perkhidmatan yang melibatkan aktiviti yang mengeluarkan perkhidmatan.
 - Sektor ketiga terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu perkhidmatan pengeluaran, perkhidmatan awam dan perkhidmatan lain.
 
Masalah Pergantungan Ekonomi Kepada Sektor Utama
1. Ketidakstabilan harga komoditi
- harga komoditi utama yang sering mengalami perubahan disebabkan permintaan dan penawaran yang tidak anjal.
 - ekonomi negara terdedah kepada risiko ini sekiranya terlalu bergantung kepada sektor ini.
 - jika harga komoditi menurun, kesannya kepada pembangunan dan pendapatan negara berkurang menyebabkan peluang pekerjaan pendapatan penduduk terjejas.
 
2. Peluang pekerjaan terjejas
- peluang pekerjaan akan terjejas kerana sektor pertanian yang tidak berupaya menyerap guna tenaga yang banyak.
 - pekerja boleh diberhentikan akibat ketidakstabilan harga komoditi.
 
3. Kehausan dan kepupusan sumber
- kehausan dan kepupusan sumber asli negara menjadi masalah besar apabila negara terlalu bergantung kepada sektor utama.
 
4. Merugikan imbangan dagangan
- jumlah eksport komoditi utama kurang daripada jumlah nilai import banyak merugikan imbangan dagangan negara.
 
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perubahan Struktur Ekonomi Negara Malaysia
1. Langkah mempelbagaikan ekonomi
2. Kehausan sumber-sumber asli negara
3. Galakan industri penggantian import
4. Peningkatan dalam pendapatan & taraf hidup penduduk
Kesan Perubahan Struktur Ekonomi Negara Malaysia
1. Pelaburan Asing
- pelaburan asing meningkat, sektor perkilangan semakin berkembang, sektor perkhidmatan semakin meningkat, pendapatan negara meningkat dan taraf hidup rakyat juga meningkat.
 
2. Perkembangan Sektor Perkilangan
- industri elektronik dan tekstil merupakan industri utama dalam sektor perkilangan.
 - hasil perkembangannya telah banyak membuka peluang pekerjaan.
 
3. Perkembangan Sektor Perkhidmatan
- peningkatan yang tinggi terhadap perkhidmatan perhubungan, kewangan dan pentadbiran adalah disebabkan oleh peningkatan pendapatan dan taraf hidup penduduk.
 
4. Peluang Pekerjaan
- perubahan struktur ekonomi kepada sektor kedua dan ketiga telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
 
5. Pendapatan Negara
- peningkatan pendapatan negara banyak disumbangkan melalui sektor kedua dan ketiga serta penurunan import barangan pengguna melalui industri penggantian import.
 
6. Taraf Hidup
- banyak peluang pekerjaan diwujudkan disamping upah yang menarik telah meningkatkan kuasa beli pengguna dan taraf hidup yang lebih baik.
 
No comments:
Post a Comment