Saturday 5 November 2011

Tips belajar Cemerlang 3


3)PENGURUSAN MASA

Kepentingan Masa

Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya:

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"

Pembahagian Masa

Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.

Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah
• Masa hidup sebelum mati
• Masa sihat sebelum sakit
• Masa muda sebelum tua
• Masa kaya sebelum miskin
• Masa senang sebelum susah

Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.

Faktor-Faktor Pengurusan masa.

Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:
• keluarga
• rakan-rakan
• aktiviti yang tidak berfaedah
• pengaruh media massa
• sikap

Cara mengurus masa

Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja.
Misalnya:
• senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
• susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
• elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
• agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
• buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
• Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
• Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.
• Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah pasti
para pelajar dapat menggunakan masa dengan baik.


Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

• Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
• Masa terbangun di tengah malam(sama seperti belajar sebelum tidur)
• Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
• Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
• Masa ke tandas waktu malam (ingatkan perkara yang terlupa)
• Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
• Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
• Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
• Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
• Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
• Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
• Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
• Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
• Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
• Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
• Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
• Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
• Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
• Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
• Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

No comments:

Post a Comment