Sunday 30 October 2011

PENGENALAN KEPADA PERAGANGAN ANTARABANGSA

Maksud Perdagangan Antarabangsa

Perdagangan antarabangsa ialah perdagangan yang melibatkan pertukaran barang antara
satu negara dengan negara lain.

Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa

Sumber semula jadi

Tidak semua negara dianugerahkan Tuhan dengan sumber semula jadi yang sama. Perbezaan sumber semula jadi ini akan mewujudkan perdagangan antarabangsa. Contohnya, negara yang kaya dengan minyak petroleum seperti Arab Saudi dan Iran akan mengeksport minyak.

Iklim dan Jenis Tanah

Iklim dan jenis tanah mempengaruhi jenis keluaran pertanian sesebuah negara. Jadi, ini bermakna sesebuah negara perlu mengimport hasil pertanian dari negara lain untuk memenuhi kerperluan rakyatnya. Contohnya, Malysia dianugerahkan Tuhan dengan iklim khatulistiwa dan jenis tanah yang sesuai untuk penanaman kelapa sawit.

Budaya masyarakat

Masyarakat sesebuah negara mempunyai kemahiran tertentu untuk mengeluarkan sesuatu barangan sehingga ia menjadi suatu budaya di negara tesebut. Contohnya, Perancis pula terkenal sebagai pusat fesyen pakaian dunia dan Switzerland dikenali kerana pembuatan jam tangan yang bermutu tinggi.

Tingkat kecekapan pengeluaran

Sesebuah negara yang dapat mengeluarkan barangan dengan kos pengeluaran yang murah akan berupaya meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran. Contohnya, Thailand berkeupayaan mengeksport beras ke Malaysia dan Singapura pada harga yang murah kerana tingkat kecekapannya yang tinggi dalam penghasilan beras.

Harga faktor

Harga faktor pengeluaran seperti upah, sewa, modal, dan usahawan yang murah membolehkan sesebuah negara mengeluarkan sesuatu barang dengan harga yang murah. Contoh, minyak kelapa sawit dari Malaysia mampu bersaing dengan minyak kacang soya dari Amerika Syarikat.

Cita rasa pengguna

Kehendak terhdap pelbagai barang oleh isi rumah menyebabkan pihak pengimport terpaksa menyediakan barang ini untuk memenuhi kehendak mereka. Pengimport akan mengimport pelbagai barang untuk memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai. Kehendak terhadap kereta mewah atau pakaian berjenama menyebabkan barang tersebut diimport bagi memenuhi cita rasa pengguna tempatan.

Kebaikan PerdaganganAntarabangsa

Menikmati barangan yang tidak dihasilkan di dalam negara

Perbezaan sumber semula jadi, iklim dan tanih akan menghasil pengeluaran yang berbeza antara sesebuah negara dengan yang lain.Contohnya, Malaysia dapat menikmati gandum dari Kanada dan hasil tenusu dari Australia.

Memperoleh barangan dengan lebih murah

Pengkhususan dalam pengeluaran sesuatu barangan akan memyebabkan kos pengeluaran menjadi lebih rendah. Keadaan ini menyebabkan harga barangan menjadi lebih murah. Contohnya, Malaysia boleh memperoleh lembu daging dari New Zealand dengan harga yang murah berbanding harga lembu tempatan.

Memperluaskan pilihan pengguna

Pengguna dapat menikmati pelbagai pilihan barangan melalui perdagangan antarabangsa. Contoh, pengguna boleh memilih kasut, pakaian dan beg tangan, sama ada yang dikeluarkan oleh industri tempatan atau import.

Menggalakkan penggunaan teknologi baru

Tingkat teknologi antara negara membangun dan maju adalah berbeza.Perdagangan antarabangsa membolehkan negara-negara membangun mengimport peralatan dan perkhidmatan berteknologi tinggi untuk digunakan dalam proses pengeluaran dan pembangunan negara.Contohnya, Malaysia mengimport teknologi komunikasi dan kepakaran dari Nokia Finland.

Memperluaskan pasaran

Jika barangan Yang dikeluarkan melebihi permintaan tempatan maka lebihan pengeluaran dapat dieksport. Contohnya, Malaysia yang Mengkhusus dalam pengeluaran minyak sawitnya akan mengkhusus dalam pengeluaran minyak sawit akan mengeksport minyak sawit ke India dan China. Hal ini akan meluaskan pasaran bagi keluaran barangan tempatan ke negara asing.

Meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara negara

Perdagangan antarabangsa akan mewujudkan hubungan diplomatik selain aktiviti perdagangan. Kerjasama antara negara akan mengukuhkan kestabilan politik dan sosioekonomi serta meningkatkan kerjasama dan persefahaman.

Menambahkan peluang pekerjaan

Peningkatan dalam eksport akan mendorong firma tempatan untuk meningkatkan pengeluaran.
Contohnya, kilang-kilang beroientasikan eksport di Malaysia dapat menyediakan peluang kepada penduduk tempatan.

Menggalakkan pelaburan

Perdangangan antarabangsa mengalakan negara-negara yang kaya dengan modal untuk melakukan pelaburan langsung asing(FDI). Contohnya, Perdangangan antarabangsa telah menggalakkan syarikat-syarikat asing melakukan pelaburan langsung di Malaysia.


Keburukan Perdagangan Antarabangsa

Terlalu bergantung eksport atau import

Pergantungan kepada eksport atau import akan mendatangkan kesan negetif kepada sesebuah negara yang berdagang jika berlaku perubahan politik negara tersebut. Contohnya, apabila pengeluaran minyak petroleum dikurungkan,negara pengimport petroleum akan menghadapi masalah kenaikan harga semua barangan.

Mengamalkan pengkhususan yang berlebihan

Risiko yang tinggi akan ditanggung oleh negara yang mengamalkan pengkhususan pengeluaran sepenuhnya kepada satu atau beberapa jenis barangan sahaja. Contohnya, pada tahun 1970-an Malaysia merupakan pengeluar getah utama dunia tetapi kini negara lain telah menemui barang pengganti,iaitu getah sintetik yang menyababkan permintaan getah berkurang.

Menyabarkan budaya yang tidak sihat

Perdagangan bebas tanpa sekatan atau peraturan untuk mengawai perdagangan akan menyebabkan kemasukan barangan larangan dan berbahaya seperti dadah, pelacur asing, filem lucah dan senjata api. Barangan ini akan mengancam nyawa dan berbahaya kepada masyarakat.

Menimbulkan masalah lambakan

Negara membangun akan menjadi tempat lambakan barang-barang asing.Pengeluar tempat akan menghadapi persaingan sengit dengan pengeluar asing kerana barang yang sama dikeluarkan oleh pengeluar asing jauh lebih murah berbanding dengan barang-barang keluaran pengeluar tempatan.

Merugikan negara menbangun

Kebanyakan negara membangun mengeksport komoditi utama seperti getah asli, bijih timah dan arang batu serta mengimport barang siap. Di pasaran antarabangsa,harga komoditi utama adalah rendah berbanding dengan harga barang siap yang lebih tinggi. Justera,ini merugikan negara membangun kerana jumlah eksport yang banyak hanya dapat ditukarkan dengan barangan import yang sedikit.

Kurang mobiliti sumber

Perdangan antarabangsa menggalakan pengkhususan. Negara yang kaya dengan modal akan mengeluarkan barangan intensif modal dan negara yang kaya dengan buruh akan mengeluarkan barang-barang berintensifkan buruh.Keadaan ini mengurangkan mobiliti faktor antara sesebuah negara dengan negara lain.

Mengamalkan dasar perlindungan

Negara-negara yang mengamalkan dasar perlindungan akan menyebabkan pengeluar tempatan menjadi kerang cekap.Keadaan ini disebabkan sikap terlalu bergantung kepada kerajaan.Akibatnya,pengeluar tempatan menjadi kurang berdaya saing berbanding dengan pengeluar asing.



Persamaan Perdagangan Dalam Negeri dan Perdagangan Antarabangsa

Mendapat Keuntungan

Objektif perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa kedua-duanya adalah untuk mendapatkan keuntungan.

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

Pengguna mempunyai pelbagai keperluan dan kehendak yang perlu dipenuhi. Keperluan dan kehendak pengguna tidak terhad kepada barangan dalam negeri sahaja tetapi juga terhadap barangan luar negara.Perdagangan dalam negeri dan antarabangsa dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna bergantung kepada permintaan pengguna terhadap sesuatu barangan.

Keperluan terhadap perkhidmatan sokongan yang sama

Perdagangan dalam negeri dan antarabangsa memerlukan perkhidmatan sokongan yang sama untuk melancarkan proses perdagangan.Antara perkhidmatan sokongan tersebut ialah perbankan, insurans, pengangkutan, pergudangan, sistem komunikasi dan promosi.

Penggunaan dokumen

Setiap transaksi dalam urusan perdagangan perlu direkod dan didokumenkan. Antara dokumen yang penting perlu ada semasa urusan perdagangan dijalankan ialah invois,nota kredit,nota debit dan penyata akaun.

Meningkatkan taraf hidup rakyat

Perdagangan dalam negeri dan antarabangsa menawarkan pelbagai jenis barangan kepada sesebuah negara.Keadaan ini akan meningkatkantaraf hidup rakyat di negara berkenaan.Rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai pilihan barangan elektrik, kenderaan,makanan,pakaian dan tempat tinggal.

Mengamalkan perkhususan

Kedua-dua perdagangan dalam negeri dan antarabangsa wujud keranapengkhususan dalam pengeluaran barangan masing-masing.Contoh,Pulau Pinang mengeluarkan barang elektronik dan Kedah mengeluarkan beras.Malaysia mengkhusus pengeluaran minyak sawit dan getah.Iraq melakukan pengkhususan dalam pengeluaran petroleum.



Perbezaan perdagang dalam negeri dan antarabangsa

Perdagangan Dalam Negeri                     Aspek               Perbezaan Perdagangan Antarabangsa
 perdagangan dalam negeri terhad          Pasaran              Pasaran Pasaran perdagangan antarabangsa agak
 untuk penduduk tempatan.                                              meluas.
   

Perdagangan dalam negeri                    Sempadan           Aktiviti perdagangan antarabangsa melepasi
tidak melepasi sempadan                    perdagangan         sempadan sesebuah negara dan meluas.sesebuah negara.  

Perdagangan dalam negeri                     Sekatan            Perdagangan antarabangsa tertakluk kepada

tidak tertakluk kepada sebarang        perdagangan         sekatan perdagangan antarabangsa.  Antara sekatan
sekatan perdagangan seperti tarif                                   perdagangan ialah duti import, kuota dan kawalan
atau kuota.                                                                    pertukaran asing.
                                 
 Urus niaga untuk perdagangan             Mata                 Mata wang Urus niaga antara negara yang  
dalam negeri menggunakan satu            Wang                 berlainan memerlukan pertukaran mata wang asing.
mata wang sahaja. Malaysia                                           Malaysia megimport dari Jepun, pengimport
menggunakan Ringgit Malaysia.                                      terpaksa menukar mata wang Ringgit Malaysia
                                                                                      kepada Yen Jepun.

Dokumen perdagangan yang              Dokumen              Dokumen perdagangan antarabangsa yang

digunakan untuk penghantaran                                        digunakan untuk penghantaran luar negara

barang dalam seperti sebut harga,                                   melibatkan pelbagai dokumen. Antaranya bil
invois, nota kiriman, nota kredit

dan
penyata akaun.  muatan,
 Penggunaan bahasa yang sama
memudahkan urus niaga.
Contohnya di bahasa pengantar utama ialah bahasa Melayu. Bahasa Penggunaan bahasa yang
berbeza menyukarkan proses
urus niaga.
Penggunaan sistem sukatan
dan timbangan untuk
perdagangan dalm negeri
adalah seragam.
Contohnya, Malaysia
menggunakan Sistem Metrik
untuk semua urus niaga. Sukatan dan
timbangan Sistem sukatan dan timbangan
antara sesebuah negara adalah
berbeza dan ini akan
menyulitkan proses
penghantaran barang.
Malaysia menggunakan
Sistem Metrik dan Britain
menggunakan Sistem Imperial.




Komposisi Eksport dan Import

Eksport ialah barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dan dijual ke luar negara .Eksport
Malaysia ialah petroleum .Import ialah barangan yang dibeli oleh sesebuah negara dari luar nagara . Contoh import bagi Malaysia ialah buah-buahan Mediterranean. Urus niaga eksport dan import barangan nampak ialah urus niaga yang melibatkan barang nyata sahaja. Contoh eksportbarangnampak ialah barang nyata yang dikeluarkan di dalam negara dan dijual ke luar negara seperti barang elektronik dan tekstil .
Eksport dan import barangan tidak nampak ialah urusniaga yang melibatkan barang tidak nyata, iaitu perkhimatan . Eksport barang tidak nampak ialah perkhimatan atau kepakaran rakyat tempatan yang digunakan oleh negara luar.
Rakan dagang bagi sesebuah negara ialah negara-negara yang menjalankan urus niaga perdagangan eksport dan import dengan negara tersebut .

(a.) Komoditi utama
Eksport komoditi utama ialahbarang yang dikeluarkan oleh sektor utama , iaitu barang
pertanian dan perlombongan . Contoh eksport komoditi utama negara ialah getah , kelapa sawit ,
petroleum , gas asli cecair dan kayu gergaji .
( b.) Barang perkilangan

Barang perkilangan ialah barang siap dan separuh siap yang dihasilkan oleh sektor perkilangan . Eksport barang perkilangan negara terdiri daripada barangan elektrik dan elektronik, tekstil , paakaian , dan kasut serta barang berasakan getah .

( a.) Barang penggunaan

Import barang penggunaan ialah barang akhiryang diimport untuk untuk tujuan penggunaan terus oleh pengguna. Import ini terdiri daripada import barangan tahan lama seperti pakaian, jam tangan dan barang tidak tahan lama seperti buah-buahan dan sayur-sayuran .

( b. ) Barangan perantaraan

Barang perantaraan merupakan bahan mentah yang diimport untuk digunakan dalam proses pengeluaran seterusnya, iaitu untuk kegunaan sektor pertanian , pembuatan dan penbinaan.


( c. )Barang pelaburan (modal)

Barang pelaburan merupakan barang modal yang diimport untuk digunakan dalam proses pengeluaran barang. Contohnya, mesin pemasangan kereta yang diimport untuk digunakan dalam proses pengeluaran kereta tempatan.
(d.)Barang import untuk dieksport semula
Barang import untuk dieksport semula merupakan barang yang diimport untuk tujuan diproses
dan akan dieksport semula dalam bentuk barang siap atau separuh siap.Contohnya, Malaysia
mengimport bahan kimia untuk mengeluarkan produk petrokimia untuk tujuan eksport.

No comments:

Post a Comment