Wednesday 2 November 2011

PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU




Definisi PBg : Pendapatan bersih yang boleh digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan setelah ditolak potongan wajib

Komponen potongan terdiri dari CPP, KWSP, PERKESO, ZAKAT.

CUKAI PENDAPATAN PERSEORANGAN
Sumbangan wajib individu kepada kerajaan yang melebihi satu tahap yang ditetapkan

KWSP, PERKESO

Caruman pekerja dalam bentuk kewangan kepada satu badan untuk kegunaan masa depan

ZAKAT
Sumbangan wajib individu Islam kepada satu badan yang ditetapkan selepas cukup ‘haul’ dan ‘nisab’nya.

Secara rumus
PBg = PI – CPP – KWSP – Perkeso – Zakat

________________________________________________________

Sebab Potongan Dibuat

CUKAI PENDAPATAN PERSEORANGAN
  • Membiayai perbelanjaan awam
  • Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan

    KWSP, PERKESO
  • Kegunaan masa depan - hari tua
  • Menambah modal untuk membeli rumah, komputer

    ZAKAT
  • Tuntutan agama – Satu daripada Rukun Islam
  • Agihan sebahagian kekayaan kepada orang miskin
______________________________________________________

Pelepasan Jumlah
  • Pelepasan diri dan tanggungan... RM 8 000
    .........................................................RM 3 000 (Isteri)
    .........................................................RM 5 000 (Cacat)
  • Anak
    --------------------------------RM 800 (tiada had)
    ........................................................RM 5 000 (cacat)
  • Rawatan Ibu Bapa .......................RM 5 000
  • Rawatan Penyakit Serius ...........RM 5 000
    Peralatan Sokongan .....................RM 5 000
  • Premium Anuiti............................ RM 5 000
  • Pembelian Buku............................ RM 500
________________________________________________________

PENGIRAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA
Kaedah Mengira Cukai Pendapatan Perseorangan

Encik Abu ialah seorang doktor yang menerima pendapatan bulanan sebanyak RM 3 000. Isterinya tidak bekerja dan mempunyai 5 orang anak. Dia juga membayar zakat sebanyak RM 200.
Kirakan cukai yang perlu dibayarnya?

Butiran
Pelepasan diri :........ RM 8 000
Isteri : .......................RM 3 000
Anak : ........................RM 800
KWSP : .....................11%(Pekerja) 12%(Majikan)

Pendapatan bercukai (RM)____________ Kadar(%)
Atas yang pertama 2 500 .....................................0
Atas yang berikut 2 500 .......................................1
Atas yang pertama 5 000
Atas yang berikut 15 000 ....................................3
Atas yang pertama 20 000
Atas yang berikut 15 000.................................... 7
Atas yang pertama 35 000
Atas yang berikut 15 000 ..................................13

_____Butiran __________________Jumlah (RM)

Pendapatan Tahunan ..............................................RM 36 000
Pelepasan
Diri............................................................ RM 8 000
Isteri .........................................................RM 3 000
Anak .........................................................RM 4 000

Caruman KWSP ........................................................RM 3 960
Pendapatan Bercukai ...............................................RM 17 040


Atas yang pertama 2 500 X 0% ...............RM 0
Atas yang berikut 2 500 X 1% .................RM 25.00
Atas yang berikut 12 040 X 3% ...............RM 361.20

Jumlah cukai ..............................................RM 386.20

Tolak Zakat ...............................................RM 200.00

Cukai Yang Dibayar ......................RM 186.20
PENDAPATAN BOLEH GUNA

PBg = PI – CPP – KWSP – Z
= RM 36 000 – 186.20 – 3960 – 200
= RM 31 653.38
_________________________________________________________

PENGGUNAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA

KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Keperluan asas – Barang yang diperlukan oleh individu untuk terus hidup
Contoh : Makanan, Pakaian, Rumah
Kehendak lain – Barang yang dapat meningkatkan keselesaan individu
Contoh : Kereta, Telefon Bimbit

BELANJAWAN PERIBADI

Definisi : Anggaran hasil pendapatan dan perbelanjaan individu dalam satu jangka masa tertentu
Asas penyediaan belanjawan peribadi : Merancang perbelanjaan dan mengelak pembaziran berasaskan pendapatan mereka.

Komponen Perbelanjaan meliputi :

BARANG TAHAN LAMA

Barang yang mempunyai jangka hayat penggunaan yang lama. Banyak melibatkan barang kehendak. Contoh : Television, Kereta, Rumah

BARANG MUDAH ROSAK (TIDAK TAHAN LAMA)

Barang yang mempunyai jangka hayat penggunaan yang lama. Banyak melibatkan barang keperluan. Contoh : Makanan, Pakaian, Akhbar

PERKHIDMATAN

Barang yang tidak boleh dipegang tetapi boleh dinikmati.
Contoh : Gunting Rambut, Perubatan, Pendidikan

KEPENTINGAN BELANJAWAN PERIBADI
Merancang supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan
Mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan harian individu
Menyimpan sebahagian wang untuk tujuan kecemasan
Menyimpan sebahagian daripada pendapatan wang untuk tujuan tabungan
Memastikan individu mempunyai pengurusan wang yang baik dan cekap

Butiran___________________Jumlah (RM)
PENDAPATAN
Gaji dan Elaun ......................................................1 000.00
Sewa .........................................................................200.00
Jumlah ..................................................................1 200.00
POTONGAN WAJIB
KWSP.................................................. 100.00
Cukai Pendapatan............................... 20.00_______________

Jumlah .................................................120.00_______________

JENIS PERBELANJAAN
Makanan ..............................................300.00
Telefon Talian Tetap ............................30.00
Air ............................................................10.00
Telefon Bimbit .......................................40.00
Pakaian ...................................................50.00
Pinjaman Kenderaan ..........................300.00
Pinjaman Perumahan......................... 200.00_______________

Jumlah ...................................................930.00_______________

Jumlah Perbelanjaan .........................1 050.00_______________

Baki ...................................................................................150.00
Tabungan di bank ...........................................................100.00
Baki di tangan ..................................................................50.00
________________________________________________________

PENYEDIAAN BELANJAWAN PERIBADI

KENALPASTI PUNCA PENDAPATAN DAN POTONGAN WAJIB
Emolumen, pendapatan produktif, bayaran pindahan

SENARAIKAN SEMUA JENIS PERBELANJAAN YANG DILAKUKAN
Barang Tahan Lama, Mudah rosak, Perkhidmatan

SENARAIKAN BARANGAN MENGIKUT KEUTAMAAN
Keperluan dan kehendak

SEIMBANGKAN PERBELANJAAN DENGAN PENDAPATAN
i) Lebihan ii) Seimbang iii) Defisit

________________________________________________________

TABUNGAN, PINJAMAN DAN PELABURAN

DEFINISI TABUNGAN
Sejumlah atau sebahagian daripada pendapatan yang tidak digunakan

KONSEP TABUNGAN
Menangguhkan perbelanjaan sekarang untuk kegunaan masa depan. Tabungan untuk pelbagai tujuan.

TUJUAN TABUNGAN

TUJUAN AWASAN
Menghadapi sakit, kecemasan, kematian, bencana

MEMBELI BARANG TAHAN LAMA
Individu yang ingin membeli barang yang mahal
Pembelian tunai yang lebih menguntungkan

TUJUAN PELABURAN
Menggunakan tabungan untuk pelaburan – membeli mesin, bangunan dsb
Pinjaman tidak membebankan pengeluar

JAMINAN MASA DEPAN
Kegunaan masa tua, susah dsb
Melanjutkan pelajaran
Membiayai diri (perkahwinan)

TUJUAN LAIN
Orang Islam : Menunaikan fardhu haji ke Makkah
Melancong ke destinasi tertentu

MENDAPATKAN FAEDAH ATAU DIVIDEN
Tabungan boleh menambahkan lagi punca kewangan seseorang individu

________________________________________________________

DEFINISI PINJAMAN

Sejumlah wang yang diterima daripada punca kewangan tertentu dan perlu dibayar semula pokok(prinsipal) berserta dengan faedahnya

Konsep pinjaman : Pinjaman merupakan aktiviti sebalik aktiviti tabungan.Pinjaman ialah aktiviti menggunakan lebih banyak barang kini dan menangguhkan pada masa depan

TUJUAN PINJAMAN

PERBELANJAAN KECEMASAN
Menampung kekurangan masa kini akibat masalah kecemasan
Pinjaman daripada keluarga

MENIKMATI BARANG PADA MASA KINI
Pembelian barang berharga seperti rumah boleh dibuat masa kini
Menambah modal perniagaan dan meningkatkan produktiviti

MEMULAKAN PERNIAGAAN
Modal merupakan elemen utama dalam memulakan perniagaan
Menampung kekurangan perbelanjaan suatu perniagaan

MENAMBAH MODAL
Menambah keperluan modal dalam perniagaan

MELANJUTKAN PELAJARAN
Melanjutkan perbelanjaan di peringkat lebih tinggi
Kos pengajian yang semakin meningkat
________________________________________________________

DEFINISI PELABURAN

Sejumlah wang yang digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan untuk menghasilkan lebih banyak barang dan perkhidmatan

Pembelian barang tahan lama untuk memperoleh keuntungan pada masa akan datang

Pembelian saham atau unit amanah tidak dikira sebagai pelaburan – lebih berbentuk tabungan

TUJUAN PELABURAN

MENDAPATKAN KEUNTUNGAN
Pulangan kepada pelaburan ialah keuntungan
Pulangan pelaburan tidak tetap seperti tabungan

MENGGANTI BARANG MODAL
Barang modal akan menjadi haus dan mengalami susut nilai
Penggantian akan meningkatkan daya produktiviti

MENJANA EKONOMI
Konsep pengganda – Setiap unit wang menggandakan pulangan
Kemajuan ekonomi boleh dinikmati kesan daripada pelaburan

JENIS / BENTUK PELABURAN
-Stok dan Inventori
-Mesin dan Jentera
-Bangunan
-Pembinaan

No comments:

Post a Comment