Tuesday 29 November 2011

Senam Minda EA 2011

1. Berikan maksud ekonomi (3m)
2. Terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam proses pengeluaran (8m)
3. Gambar 1 : Rumah banglo, Gambar 2 : Perkhidmatan bomba
    a) Apakah jenis barang tersebut (2m)
    b) Bandingkan ciri-ciri barang di atas (8m)

"Syarikat Bimo Juta bercadang untuk membuka kilang roti di Madinah untuk pasaran di negara-negara Islam"

4. Huraikan dua masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh syarikat tersebut (6m)

Negara M
* Kebebasan dalam pemilikan sumber ekonomi akan dikawal oleh kerajaan melalui undang-undang
* Pihak swasta, kerajaan dan individu bebas membuat pilihan

5. a) Nyatakan sistem ekonomi yang diamalkan di negara M (1m)
    b) Terangkan ciri sistem ekonomi negara M selain daripada  ciri yang dinyatakan di atas (6m)
    c) Terangkan cara penyelesaikan masalah asas ekonomi di antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi campuran (12m)

6. Bagaimana individu membelanjakan pendapatan bolehgunanya? (9m)

7. Hitungkan cukai pendapatan berdasarkan maklumat berikut: (8m)
         * Pendapatan tahunan En. Faezuan RM50,000
         * isteri tidak bekerja
         * anak 3 orang masih bersekolah
         * perubatan ibubapa RM1500
         * caruman KWSP RM5000
         * premium insuran nyawa RM1500
   Maklumat Pelepasan Cukai:
         * Diri RM8000, Isteri RM3000, Anak RM1000 seorang, Caruman KWSP dan Insuran nyawa maksimum RM5000, Rawatan ibubapa maksimum RM5000
   Kadar cukai yang dikenakan:
         RM5000 pertama 0%
         RM10,000 berikut 1%
         RM15,000 berikut 3%
         RM20,000 berikut 5%

8. Kirakan pendapatan bolehguna berdasarkan maklumat di bawah (7m)
         * Gaji RM4000
         * KWSP RM360
         * Cukai RM15
         * PERKESO RM20
         * Insuran nyawa RM100
         * Faedah simpanan RM100

9. Bezakan ciri-ciri barang keperluan dengan barang kehendak (6m)

         X + Perbelanjaan = Pendapatan - Potongan Wajib

10. a) Apakah X (1m)
      b) Terangkan tiga kepentingan tabungan kepada individu (6m)
      c) Bezakan pulangan tabungan dengan pulangan pelaburan (6m)

11. Terangkan langkah-langkah bagi menyediakan belanjawan peribadi (6m)

No comments:

Post a Comment