Thursday 3 November 2011

FAKTOR PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI



4 faktor yang mempengaruhi perubahan dalam struktur ekonomi negara (merujuk kepada mengapa kerajaan bertindak ke arah menjalankan aktiviti ekonomi lain) :

MEMPELBAGAIKAN EKONOMI
Tidak terlalu bergantung kepada sektor utama. Langkah diambil untuk membentuk dasar yang akan mempelbagaikan corak keluaran dalam ekonomi. Penegasan pada mulanya kepada sekotr perindustrian kemudian diikuti oleh sekot perkhidmatan

KEHAUSAN SUMBER ASLI
Kepupusan sumber asli seperti bijih timah, hasil hutan, petroleum dsb. Penggantungan yang lama akan menjejaskan ekonomi. Hasil berkurangan, pendapatan negara jatuh.

INDUSTRI PENGGANTIAN IMPORT
Galakan pengwujudan industri penggantian import akan mengurangkan aktiviti mengimport negara. Oleh itu imbangan dagangan dapat dibaiki.

PENINGKATAN PENDAPATAN PENDUDUK DAN TARAF HIDUP
Kepelbagaian sektor akan menjana pendapatan kepada rakyat. Kuasa beli rakyat meningkat dan menjurus kepada peningkatan taraf hidup.
_________________________________________________________

KESAN PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI

PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI AKAN MENYEBABKAN:
PENINGKATAN PELABURAN ASING
Pelaburan asing meningkat, peluang pekerjaan bertambah

PERKEMBANGAN SEKTOR PERINDUSTRIAN
Kepesatan sektor ini akibat daripada kemasukan teknologi baru

PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN
Pemingkatan pekerja/penduduk memerlukan banyak jenis perkhidmatan

PENDAPATAN NEGARA MENINGKAT
Peluang pekerjaan bertambah, pendapatan negara meningkat, taraf hidup semakin baik

No comments:

Post a Comment