Sunday 6 November 2011

Latihan 3


3
(a)
“Kurangkan gula dalam minuman
Tambahkan manis dalam senyuman’’
(Kempen kurangkan penggunaan gula)
Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah melancarkan kempen
mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan harian.
Berdasarkan peristiwa-peristiwa berikut, jelaskan kesannya ke atas
pasaran gula (setiap peristiwa adalah berasingan):
(I)    Kempen terhadap pencegahan penyakit diabetes.
(II)   Perayaan Hari Raya Puasa.
(III)   Penanaman tebu yang semakin meluas kerana penerokaan
tanah-tanah baru.
(IV)  Terdapat nya aktiviti menyeludup gula ke luar negara.
[12 markah]

(b)
Permintaan yang tinggi terhadap ayam telah menyebabkan harga
ayam di pasaran meningkat.
Dengan berpandukan gambarajah keseimbangan pasaran, jelaskan
bagaimanakah keseimbangan pasaran ayam dapat dicapai.
[13 markah]

No comments:

Post a Comment