Tuesday, 29 November 2011

RUMUS EKONOMI ASAS TINGKATAN 4 DAN 5

1. Upah benar = Upah wang
                          ------------
                          Harga purata barang


2. Jumlah faedah = Pokok X Kadar X Tempoh

3. Untung = Jumlah hasil (harga seunit X Jumlah keluaran) - Jumlah kos (Kos tetap + Kos berubah)

4. Pendapatan individu = Sewa + Upah + Faedah + Untung + Dividen + Bayaran pindahan

5. Potongan Wajib = Cukai pendapatan + Caruman KWSP + Caruman PERKESO + Zakat

6. Pendapatan bolehguna = Jumlah pendapatan individu - Jumlah potongan wajib

7. Tabungan (S) = Pendapatan bolehguna - Perbelanjaan individu (C)

8. Pelepasan cukai = Diri sendiri + Isteri + Anak + Caruman KWSP + Premium insuran nyawa
                                 + Perbelanjaan rawatan ibubapa + Belian buku dan majalah

9. Pendapatan boleh cukai = Jumlah pendapatan tahunan - Jumlah pelapasan cukai

10. Keanjalan harga permintaan atau penawaran

                           Q1 - Q0
                          ---------- X 100
                               Q0
    Ed atau Es = -------------------
                           P1 - P0
                          ---------- X 100
                               P0

11. Keluaran purata =      Jumlah keluaran
                                  ------------------------
                                  Bilangan faktor berubah

12. Jumlah keluaran = Keluaran purata X Input berubah

13. Keluaran sut = Perubahan Jumlah keluaran (JK baru - JK lama)
                             -----------------------------------------------
                             Perubahan input berubah (IB baru - IB lama) 

14. Jumlah kos = Kos tetap + Kos berubah atau Kos purata X Bilangan output

15. Kos tetap = Jumlah kos - Kos berubah atau Jumlah kos apabila output = 0

16. Kos berubah = Jumlah kos - Kos tetap

17. Kos purata =    Jumlah kos
                          ----------------
                           Bilangan output  

18. Kos sut =  Perubahan jumlah kos         atau       Perubahan kos berubah
                       -----------------------                     ------------------------
                          Perubahan output                          Perubahan output

19. Permintaan pasaran = Permintaan Individu A + Permintaan Individu B + dan seterusnya pada 
                                        satu tingkat harga tertentu

20. Penawaran pasaran = Penawaran Individu A + Penawaran Individu B + dan seterusnya pada 
                                        satu tingkat harga tertentu

21. Belanjawan negara = Hasil - Perbelanjaan

22. Imbangan dagangan = Jumlah nilai eksport nampak - Jumlah nilai import nampak

23. Imbangan akaun semasa = Imbangan dagangan + Imbangan perkhidmatan + Imbangan pendapatan
                                               + Pindahan bersih

24. Pertukaran asing : 1. Tukar RM ke mata wang asing  - Bahagi
                                  2. Tukar mata wang asing ke RM  - Darab

No comments:

Post a Comment