Wednesday 2 November 2011

Perdagangan Antarabangsa II


Import Dan Eksport

Eksport ialah barang & perkhidmatan yang dijual oleh pengeluar di sesebuah negara kepada pengguna di negara-negara lain.

Import ialah barang & perkhidmatan yang dibeli oleh para pengguna di sesebuah negara daripada pengeluar di negara-negara lain.


Imbangan Dagangan
bermaksud perbezaan nilai jumlah barang yang dieksport oleh sesebuah negara dengan nilai barang yang diimport dari negara-negara lain.

Imbangan Dagangan terbahagi kepada 3 keadaan iaitu:-
1. Imbangan Dagangan Seimbang - (eksport = import)
2. Imbangan Dagangan Lebihan - (eksport > import)
3. Imbangan Dagangan Kurangan - (import > eksport)

Imbangan Pembayaran

bermaksud satu penyata yang merekodkan jumlah penerimaan kewangan dan jumlah pembayaran kewangan antara sebuah negara dengan negara-negara lain dalam tempoh satu tahun.


Imbangan Pembayaran terbahagi kepada 3 keadaan iaitu:-

1. Imbangan Pembayaran Seimbang - (penerimaan = pembayaran)
2. Imbangan Pembayaran Lebihan - (penerimaan > pembayaran)
3. Imbangan Pembayaran Kurangan - (pembayaran > penerimaan)

Butir-butir Imbangan Pembayaran pada asasnya terbahagi kepada 3 akaun iaitu:-
a) Akaun Semasa
b) Akaun Modal
c) Akaun Pergerakan Kewangan

No comments:

Post a Comment