Tuesday 4 August 2015

Tip menarik minat pemeriksa

1. Para pemeriksa akan memberi markah kepada jawapan yang betul. Walau bagaimanapun, jawapan yang diberi tidak semestinya mengikut skema jawapan.

2. Markah akan diberi oleh pemeriksa, sekiranya jawapan itu tepat walaupun jawapan itu tiada dalam skema jawapan.

3. Kamu perlu memastikan jawapan yang diberikan itu jelas, mudah untuk dibaca dan tepat.

4. Sebaik-baiknya dapat memberikan jawapan lebih daripada apa yang diminta soalan. Cara ini akan menyelamatkan kamu daripada kehilangan markah untuk jawapan yang kurang tepat.

5. Faham kata kerja dan jawab mengikut kata kunci soalan. Markah yang diperuntukkan menentukan panjang atau pendek jawapan anda.

No comments:

Post a Comment