Wednesday 5 August 2015

Soal jawab wang dan institusi kewangan

SOALAN 
Apakah ciri-ciri wang?
JAWAPAN
1. Diterima umum.
Orang ramai yakin dan menerima benda yang dugunakan sebagai wang.
2. Penawaran terhad
Kuantiti wang mestilah terhad untuk menjamin kestabilan nilai
3. Kestabilan nilai
Nilai terhadap benda yang dianggap sebagai wang tidak mudah berubah
4. Tahan lama
Komoditi yang digunakan sebagai wang mestilah tahan lama dan tidak mudah rosak
5. Mudah dibawa
Komoditi itu mestilah ringan, bersaiz kecil dan mudah di bawa
6. Boleh dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil
Membolehkan urusniaga mudah diurus

SOALAN
Mengapakah sistem wang wujud?
JAWAPAN
Disebabkan oleh kelemahan sistem barter iaitu:
a) Memerlukan dua kehendak serentak dalam pertukaran barang
b) Barangan tidak mempunyai ukuran nilai yang tepat
c) Barangan tidak mempunyai simpanan nilai yang baik serta tidak tahan lama
d) Barangan tersebut sukar dibahagikan kepada unit yang lebih kecil

SOALAN
Terangkan fungsi wang
JAWAPAN
1. Sebagai alat perantaraan pertukaran
Memerlukan sejumlah wang tertentu untuk membeli sesuatu barang.
2. Sebagai alat ukuran nilai
Barang-barang dapat dinilai dalam bentuk harga
3. Sebagai alat simpanan nilai
Siafat wang yang tidak mudah rosak dan tahan lama dalam suatu jangka masa panjang, menggalakkan orang ramai untuk membuat simpanan dan pelaburan.
4. Sebagai alat bayaran tertunda
Fungsi ini membolehkan sesuatu barang itu boleh dibayar secara ansuran dan membantu urusniaga kredit untuk berkembang.

No comments:

Post a Comment