Thursday 19 November 2015

SOAL JAWAB TAJUK PENTING BAB 1, TINGKATAN 4 2015

1. " Cikgu, apakah maksud ekonomi?' Kata Syaziela.

Anda sebagai cikgu, terangkan persoalan yang dikemukan oleh Syaziela ( 3m )

Jawapan

- Ekonomi ialah satu bidang sains sosial 
- yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terhad 
- untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.


Arif : Lama tak jumpa awak Saiful. Awak buat apa sekarang?

Saiful: Aku sedang  usahakan perniagaan  Kedai Perabot, Maju. Aku guna pinjaman bank sebanyak RM200 000 dan sewa  sebuah lot kedai di  Kangar dengan bantuan dua orang pekerja

2. a) Jelaskan sumber ekonomi dalam situasi di atas
    b) Bolehkah Encik Saiful dianggap dianggap sebagai usahawan. Jelaskan pendirian anda

Jawapan

a) i.  Modal - Pinjaman bank RM200,000
    ii. Tanah - Sebuah lot kedai
    iii. Buruh - Dua orang pekerja

b) Ya
     - Mengusahakan perniagaan kedai perabot maju
     - Menggabungkan faktor pengeluaran modal dan tanah
     - Menanggung risiko ketidakpasti perniagaan
     - Mendapat ganjaran untung  

3. Jadual  di bawah berkaitan dengan syarikat Rohaimi  Berhad

Teknik pengeluaran
Laksa (kg)
Bihun (kg)
A
20 
40 
B
40 
35 

i.               a) Hitungkan kos lepas apabila syarikat Rohaimi berhad menukarkan teknik pengeluaran A ke B 
ii.             b) Terangkan tiga masalah asas ekonomi yang berkaitan dalam situasi di atas. 
Jawapan

a) 5 kg Bihun ( 40 - 35 )

b) i. Apa yang hendak dikeluarkan
       - Laksa atau Bihun

    ii. Berapa yang hendak dikeluarkan
        - 20kg laksa atau 40kg bihun

    iii. Bagaimana hendak dikeluarkan
        - Kaedah pengeluaran A atau B

* Arab Saudi
* China

4. a) Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut

    b) Jelaskan tiga kelebihan sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara Arab Saudi berbanding negara China.

    c) Bezakan sistem ekonomi negara Arab Saudi dengan sistem ekonomi negara China

Jawapan

a) Arab Saudi - Sistem ekonomi Islam
    China - Sistem ekonomi perancangan pusat
* jawapan mestilah secara berpasangan

b) .     i. Arab Saudi mengamalkan persaingan sihat menyebabkan sumber digunakan dengan sebaiknya. Manakala sistem ekonomi China tidak mewujudkan persaingan yang menyebabkan sumber tidak digunakan secara efisen.
-       ii. Motif keuntungan berpatutan (bukan riba) dan kebajikan masyarakat dipentingkan di Arab Saudi, berbanding di China tidak mementingkan keuntungan. Pihak swasta mengeluarkan barang untuk memaksimumkan keuntungan pada masa yang sama kerajaan memastikan kebajikan masyarakat terjamin . Hanya kerajaan sahaja yang mengeluarkan barangan.
-       iii. Pilihan bebas asalkan barangan halal diamalkan Arab Saudi. Tiada pilihan, rakyat perlu menerima apa yang dikeluarkan oleh kerajaan China.  

      c)
Sistem ekonomi Islam
Sistem ekonomi perancangan pusat
Sumber ekonomi milik Tuhan
Sumber ekonomi milik kerajaan
Individu bebas memilih barangan yang halal
Pilihan tidak bebas
Wujud persaingan sihat
Tiada wujud persaingan
Harga ditentukan oleh mekanisme harga
Harga ditentukan oleh ke



1 comment:

  1. Kalau cikgu nak guna soalan saya. Tolong acknowledge ya.

    ReplyDelete