Sunday 30 October 2011

SISTEM EKONOMI

4 SISTEM EKONOMI:
A) SISTEM EKONOMI KAPITALIS
  • dikenali sistem ekonomi pasaran bebas(laissez-faire)
  • pengguna sebagai raja
  • tiada campur tangan kerajaan
  • Contoh : USA, Hong Kong,UK
B) SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
  • dikenali sebagai sistem ekonomi sosialis
  • kerajaan berkuasa penuh
  • pengguna tiasa kuasa dan kebebasan
  • Contoh : Cuba,China
C) SISTEM EKONOMI CAMPURAN
  • gabungan antara tindakan kerajaan dan kuasa pasaran
  • wujud akibat kelemahan kapitalis dan perancangan pusat
  • Contoh : Malaysia,Singapura,Thailand
D) SISTEM EKONOMI ISLAM
  • berdasarkan prinsip islam dan hukum syarak
  • matlamat: kebahagian dunia dan akhirat
  • Contoh Arab Saudi,Kuwait,Iran
 MASALAH ASAS EKONOMI
TERDAPAT EMPAT MASALAH ASAS EKONOMI:

1) APA YANG HENDAK DIKELUARKAN
-penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaran

2) BERAPA YANG HENDAK DIKELUARKAN
-penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaran

3) BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN
-penentuan cara pengeluaran barang
-cara yang paling cekap
sama ada intensif buruh atau intensif modal
-supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kos

4) UNTUK SIAPA DIKELUARKAN
- penentuan corak agihan barang
-mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli pengguna

JENIS-JENIS BARANG
 
BARANG EKONOMI
  • dikeluarkan oleh pihak swasta
  • penawaran terhad
  • ada bayaran
  • ada kos lepas
  • Contoh :kereta,perabot
BARANG PERCUMA
  • Anugerah alam semulajadi(ciptaan Allah)
  • penawaran tidak terhad
  • tiada bayaran
  • tiada kos lepas
  • Contoh : matahari,udara,angin
BARANG AWAM
  • disediakan oleh kerajaan
  • penawaran terhad
  • tiada pengecualian untuk menggunakannya
  • ada kos lepas
  • Contoh : jalan raya,lampu isyarat,perkhidmatan polis
CONTOH SOALAN

1) BEZAKAN AIR MINERAL DENGAN AIR HUJAN
2) HURAIKAN CIRI -CIRI BARANG AWAM
3) BEZAKAN JALAN RAYA DAN LEBUH RAYA

MASALAH EKONOMI
UNIT-UNIT EKONOMI
KEKURANGAN
PILIHAN
KOS LEPAS
ISI RUMAH
Pendapatan atau wang yang terhad(kehendak tidak terhad)
Contoh : wang yang ada hanya cukup untk membeli kasut sukan atau buku rujukan
Memilih barang atau perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan
Samada membeli buku rujukan atau membeli kasut sukan
Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang yang terbaik
Kos lepas bagi kasut sukan ialah buku rujukan





FIRMA
Faktor pengeluaran yang terhad (Buruh,Tanah ,Modal)

Memilih Keluaran yang memaksimmkan keuntungan



Samada memilih mengeluarkan tv atau radio
Projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan



Kos lepas bagi tv adalah radio





KERAJAAN
Sumber hasil kerajaan terhad

Memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan


Samada memilih membina hospital atau sekolah
Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan



Kos lepas bagi hospital ialah sekolah

PENGERTIAN EKONOMI

  • EKONOMI - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
  • Sumber -sumber terhad : Buruh,Tanah , Modal,Usahawan
1. Buruh: Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia
                                                                                   Ganjaran : Upah

                                            2. Tanah : alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan
                                                                                  Ganjaran : Sewa

                     3. Modal : Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk
                                        menghasilkan barang dan perkhidmatan
                                        Ganjaran : Faedah

                    4. Usahawan : Individu yang menggabungkan Buruh,Tanah dan Modal untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan
                                                 Ganjaran : Untung

No comments:

Post a Comment