FUNGSI WANG
a) Alat Perantaraan Pertukaran
- Satu komoditi perantaraan pertukaran yang boleh diterima umum
- Contoh : Membeli sebuah jam dengan membayar harga jam tersebut
b) Alat Ukuran Nilai
- Ukuran seragam untuk nilai barang dan perkhidmatan
- Contoh : Harga sebuah komputer adalah RM3,500.00
c) Alat Simpanan Nilai
- Sifatnya yang tahan lama
- Contoh : Menyimpan wang di dalam bank
d) Alat Bayaran Tertunda
- Wang digunakan untuk membuat pembayaran pada masa hadapan
- Cohtoh : Membeli kereta dengan bayaran secara ansuran
KEBAIKAN SISTEM WANG BERBANDING SISTEM BARTER
ASPEK SISTEM WANG SISTEM BARTER
Perantaraan pertukaran Menyelesaikan masalah kehendak Berlaku antara individu yang
serentak saling menghendaki
Ukuran nilai Memberi ukuran nilai seragam Sukar untuk menilai barangan
Penyimpan nilai yang Mempunyai ciri tahan lama dan stabil Barang tidak tahan lama
baik
Bayaran tertunda Nilai wang yang stabil membolehkan Barang tanpa nilai yang stabil
pembelian secara ansuran menyukarkan pembayaran secara
ansuran
FUNGSI BANK PUSAT
a) Mengeluarkan mata wang
- mengeluarkan mata wang syiling dan wang kertas
- mewujudkan sandaran minimum
- sandaran adalah dalam bentuk rizab antarabangsa iaitu emas dan pertukaran asing
b) Juru bank kepada kerajaan
- mentadbir akaun kerajaan
- mengurus hutang negara
- memberi pendahuluan kepada kerajaan
- menjalankan pertukaran asing bagi pihak kerajaan
- sebagai penasihat pelaburan kerajaan
c) Mengawal kestabilan nilai mata wang
- mewujudkan sandaran minimum sebanyak 80.59% untuk setiap unit mata wang dalam bentuk rizab antarabangsa
- campurtangan dalam pasaran pertukaran asing dengan cara membeli atau menjual pertukaran asing bagi mempengaruhi nilai Ringgit Malaysia
- mengawal inflasi dengan menggunakan alat-alat kewangan
d) Juru bank kepada bank perdagangan
- menyimpan dan mengawal rizab berkanun dan rizab tunai
- menyediakan rumah penjelasan bagi tujuan menunaikan cek-cek antara bank-bank perdagangan
- sumber pinjaman terakhir bank-bank perdagangan
CARA BANK PUSAT MENGAWAL INFLASI ATAU KEMELESETAN EKONOMI
Alat Kewangan Kawalan Inflasi Kawalan Kemelesetan Ekonomi
1) Kadar Rizab Tunai - Naikkan kadar rizab tunai - Turunkan kadar rizab tunai
- Keupayan bank perdagangan - Keupayan bank perdagangan
memberi pinjaman berkurangan memberi pinjaman meningkat
- Penawaran wang di pasaran jatuh - Penawaran wang di pasaran meningkat
- Permintaan barang jatuh - Permintaan barang naik
2) Kadar Rizab Berkanun - Naikkan kadar rizab berkanun - Turunkan kadar rizab berkanun
- Keupayan bank perdagangan - Keupayan bank perdagangan
memberi pinjaman berkurangan memberi pinjaman meningkat
- Penawaran wang di pasaran jatuh - Penawaran wang di pasaran meningkat
- Permintaan barang jatuh - Permintaan barang naik
3) Kadar Faedah - Naikkan kadar faedah - Turunkan kadar faedah
- Kos pinjaman meningkat - Kos pinjaman berkurangan
- Jumlah pinjaman berkurangan - Jumlah pinjaman meningkat
- Penawaran wang di pasaran jatuh - Penawaran wang di pasaran meningkat
- Permintaan barang jatuh - Permintaan barang naik
4) Surat Jaminan Kerajaan - Jual surat jaminan kerajaan - Beli surat jaminan kerajaan
- Penawaran wang di pasaran jatuh - Penawaran wang di pasaran meningkat
- Permintaan barang jatuh - Permintaan barang naik
5) Syarat Sewa Beli - Mengetatkan syarat sewa beli - Melonggarkan syarat sewa beli
- Pinjaman maksimum akan - Pinjaman maksimum akan dipanjangkan
dikurangkan
- Tempoh bayar balik akan - Tempoh bayar balik akan dipanjangkan
dipendekkan
- Jumlah pinjaman berkurangan - Jumlah pinjaman meningkat
- Penawaran wang di pasaran jatuh - Penawaran wang di pasaran meningkat
- Permintaan barang jatuh - Permintaan barang naik
CARA INSTITUSI KEWANGAN BUKAN BANK MENGGALAKKAN TABUNGAN DAN PELABURAN
1) Menggalakkan tabungan
- Menyediakan perkhidmatan simpanan yang terjamin
- Menawarkan pulangan yang menguntungkan
- Memudahkan pengeluaran dan pembayaran dibuat
- Menyediakan bilangan cawangan yang banyak di seluruh negara
2) Menggalakkan pelaburan
- Menyediakan pinjaman kepada masyarakat
- Melaksanakan pelbagai projek pelaburan
- Menyalurkan tabungan kepada pelaburan
SUMBANGAN INSTITUSI KEWANGAN BUKAN BANK KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA
1) Menggalakkan pelaburan
- Perbelanjaan masyarakat meningkat
- Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara
2) Menggembleng tabungan
- Membiayai projek pembangunan
3) Meningkatkan guna tenaga
- Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat
4) Mengurangkan pinjaman luar negara
- Kerajaan tidak perlu bergantung kepada hutang luar negara
- Menjamin kestabilan mata wang
5) Menstabilkan ekonomi negara
- Membantu kerajaan mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
No comments:
Post a Comment