Monday, 5 December 2011

ULANGKAJI PANTAS SPM 2011 BAB 2 TINGKATAN 5


MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA

1) Ketidakstabilan harga komoditi
- Harga komoditi seperti getah dan bijih timah adalah tidak stabil
- Pendapatan negara juga tidak stabil

2) Peluang pekerjaan terjejas
- Daya pengeluaran sector utama adalah rendah kerana saiz tanah adalah tetap
- Sektor utama tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan

3) Kepupusan sumber semulajadi
- Bijih timah mengalami kepupusan kerana sukat diganti
- Bekalan berkurangan menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turun

4) Merugikan imbangan dagangan
- Harga komoditi mentah tidak stabil berbanding harga barang siap
- Eksport negara lebih rendah berbanding import negara

KESAN PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA

1) Kesan kepada Pendapatan negara
a) Turun naik harga komoditi
- Harga komoditi utama tidak stabil menyebabkan pendapatan negara terjejas
b) Daya pengeluaran yang rendah
- Pengeluaran komoditi utama semakin merosot kerana penggunaan teknologi terhad
c) Persaingan daripada barang tiruan
- Penggunaan getah boleh diganti dengan getah sintetik
- Permintaan getah anjal, harga naik, pendapatan negara jatuh

2) Kesan kepada guna tenaga
a) Pelaburan yang kurang
- Penurunan pendapatan negara
- Menjejaskan peluang pekerjaan baru
b) Penghijrahan penduduk desa ke Bandar
- Upah yang rendah dan tidak stabil menyebabkan buruh berhijrah ke Bandar atau sektor lain
c) Peningkatan guna tenaga dalam sektor lain
- Pelabur akan beralih ke sektor lain yang member pulangan yang baik

FAKTOR PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI NEGARA

1) Langkah mempelbagaikan ekonomi
- Kerajaan membangunkan sektor perindustrian
- Contoh : Sektor perkilangan menjalankan industri memproses keluaran pertanian

2) Galakan industri penggantian import
- Pelabur swasta digalakkan mendirikan kilang-kilang yang berasaskan barangan pengguna seperti makanan dan minuman.
- Tidak perlu lagi mengimport dari negara lain

3) Kehausan sumber asli negara
- Kerajaan menghadkan aktiviti cali gali bagi mengelakkan kepupusan sumber

4) Peningkatan dalam pendapatan dan taraf hidup tinggi penduduk
- Pendapatan yang tinggi menyebabkan kuasa beli pengguna meningkat
- Memberi ruang kepada sektor  pembuatan untuk berkembang

KESAN PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI NEGARA

1. Pelaburan asing meningkat
2. Perkembangan sektor perkilangan
3. Perkembangan sektor perkhidmatan
4. Peluang pekerjaan meningkat
5. Pendapatan negara meningkat
6. Taraf hidup lebih baik

CARA BELANJAWAN NEGARA MENGATASI INFLASI DAN KEMELESETAN EKONOMI NEGARA

Alat Belanjawan
Cara Mengatasi Inflasi
Cara Mengatasi Kemelesetan
Kadar cukai
Meningkatkan kadar cukai
- Pendapatan bolehguna berkurangan
- Permintaan berkurang
-Harga barang turun
- Inflasi dapat dikawal
Mengurangkan kadar cukai
- Pendapatan bolehguna meningkat
- Permintaan meningkat
-Harga barang naik
- Kemelesetan  dapat dikawal
Perbelanjaan Kerajaan
Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
- Pendapatan pengguna berkurangan
- Perbelanjaan berkurang
-Harga barang turun
- Inflasi dapat dikawal
Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
- Pendapatan pengguna meningkat
- Perbelanjaan meningkat
-Harga barang naik
- Kemelesetan  dapat dikawal

No comments:

Post a Comment