Definisi
Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.
Ciri-ciri wang terbahagi kepada 6 iaitu:-
- Diterima umum - penerimaan dan keyakinan orang ramai terhadap komoditi yang dijadikan wang
- Penawaran terhad - apabila penawarannya terhad, ini akan menjamin kestabilan nilainya dan mendapat kepercayaan oleh orang ramai
- Kestabilan nilai - merupakan barang yang mempunyai nilai yang tidak mudah berubah atau tidak mudah susut nilainya
- Tahan lama - komoditi yang tidak mudah rosak
- Mudah dibawa - ringan dan bersaiz kecil memudahkan pengguna membawanya
- Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil - lebih memudahkan urus niaga
Jenis-jenis wang
terbahagi kepada 3 iaitu:-
- Duit Syiling - Diperbuat daripada logam iaitu nikel dan gangsa. Merupakan wang tanda dan wang sah yang terhad. Contohnya 50 sen.
- Wang Kertas - Wang dicetak bersandarkan kepada rizab antarabangsa. Merupakan wang tanda dan wang sah yang tidak terhad. Contohnya RM2.
- Deposit Semasa - Merupakan wang yang disimpan dalam akaun semasa di bank perdagangan. Wang ini tidak diterima sebagai wang sah
Fungsi-fungsi wang
pula terbahagi kepada 4 iaitu:-
- Perantaraan Pertukaran - perlu membuat bayaran untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan
- Unit Ukuran Nilai - sesuatu barang / perkhidmatan dinilai dalam bentuk harga
- Simpanan Nilai - menggalakkan orang ramai membuat tabungan dan pelaburan
- Bayaran Tertunda - membolehkan pembayaran dilakukan secara ansuran
Kebaikan Sistem Wang Berbanding dengan Sistem Barter
- Perantaraan Pertukaran
- Ukuran Nilai
- Simpanan Nilai
- Bayaran Tertunda
No comments:
Post a Comment