Wednesday 2 November 2011

Perdagangan Antarabangsa



Perdagangan Antarabangsa 

Perdagangan Antarabangsa ialah kegiatan mengeksport dan mengimport barangan antara sebuah negara dengan negara lain.

Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa

a) Perbezaan sumber semula jadi
b) Perbezaan iklim & jenis tanah
c) Budaya masyarakat
d) Tingkat kecekapan pengeluaran
e) Harga faktor
f) Citarasa pengguna
 

Persamaan Perdagangan Dalam Negeri dengan Perdagangan Antarabangsa

a) Mendapatkan keuntungan
b) Memenuhi keperluan & kehendak pengguna
c) Memerlukan khidmat sokongan yang sama
d) Melibatkan penggunaan dokumen
e) Meningkatkan taraf hidup rakyat
f) Mengamalkan pengkhususan

Aspek Perbezaan
Perdagangan Dalam Negeri (PDN) vs Perdagangan Antarabangsa (PA)

1. Sempadan Perdagangan
PDN - dalam negara / dalam sempadan sahaja
PA - luar negara / luar sempadan

2. Mata Wang
PDN - penggunaan 1 jenis mata wang
PA - penggunaan wang yang berlainan

3. Dokumen
PDN - tidak banyak guna dokumen
PA - banyak guna dokumen

4. Jarak & Kos
PDN - jarak tidak jauh & kos rendah
PA - jarak yang jauh & kos tinggi

5. Sekatan Perdagangan
PDN - tiada sekatan kastam
PA - pelbagai sekatan

6. Pasaran
PDN - pasaran terbatas dalam negara
PA - pasaran luas hingga merata negara

7. Bahasa
PDN - guna bahasa kebangsaan dalam perdagangan
PA - melibatkan pelbagai bahasa



Kebaikan Perdagangan Antarabangsa
  1. Memperoleh barangan yang tidak dikeluarkan di dalam negara
  2. Menawarkan pilihan yang pelbagai
  3. Menikmati barang dengan harga yang murah
  4. Meluaskan pasaran
  5. Menggalakkan penggunaan teknologi
  6. Meningkatkan kecekapan pengeluaran
  7. Menambahkan peluang pekerjaan
  8. Menggalakkan pelaburan
  9. Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang
Keburukan Perdagangan Antarabangsa
1.      Merugikan negara membangun
2.      Terlalu bergantung pada sektor eksport @ import
3.      Mengamalkan pengkhususan yang berlebihan
4.      Kurang mobiliti sumber
5.      Mengamalkan dasar perlindungan
6.      Menimbulkan masalah lambakan
7.      Menyebarkan budaya yang tidak sihat

No comments:

Post a Comment