- Syarikat Batani Sdn Bhd ialah sebuah syarikat perkilangan baju yang menggunakan cara intensif modal untuk mengeluarkan 1200 helai baju sebulan.Sasaran pasaran untuk baju itu ialah kanak-kanak antara umur 3 tahun hingga 5 tahun
A) Apa yang hendak dikeluarkan –
B) Berapakah yang hendak dikeluarkan –
C) Bagaimanakah hendak dikeluarkan –
D) Untuk siapakah hendak dikeluarkan –
- Berdasarkan situasi berikut,nyatakan masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan dan yang belum diselesaikan
A) Syarikat Sawit Berhad mengeluarkan minyak sawit dengan menggunakan kaedah intensif modal bagi kegunaan industri memproses makanan
Masalah asas yang diselesaikan-
Masalah asas yang belum diselesaikan –
B) Encik Lam menanam 500 batang pokok pulasan di atas tanah seluas 5 hektar dengan menggunakan tenaga buruh dari Indonesia
Masalah asas yang diselesaikan-
Masalah asas yang belum diselesaikan –
C) Syarikat Edaran Auto menetapkan pengeluaran sebanyak 400 unit kereta model ‘PUTERI’ kepada golongan wanita yang berpendapatan sederhana
Masalah asas yang diselesaikan-
Masalah asas yang belum diselesaikan –
D) Kilang Tekstil Banang menggunakan mesin yang diimport dari Jerman untuk mengeluarkan seluar panjang.
Masalah asas yang diselesaikan-
Masalah asas yang belum diselesaikan –
E) Kilang ubat herba di Shah Alam menggunakan intensif modal untuk mengeluarkan barangannya.Pengurus kilang bercadang untuk mengeluarkan 10 000 botol ubat herba sehari
Masalah asas yang diselesaikan-
Masalah asas yang belum diselesaikan –
No comments:
Post a Comment