Saturday, 24 December 2011

Makna Ketabahan

Rahsia At-Taubah



kelebihan ayat 128, 129 surah at taubah:

Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya

Friday, 16 December 2011

Fadhilat surah Al-Fatihah dan Cara mengamalnya..

1. Dalam kekusutan minda. Dalam ketidak tenteraman jiwa. Dalam
kecelaruan ummat. Dan dalam segala macam keserabutan masyarakat
sekarang ini. Saya berpendapat, adalah teramat MUSTAHAK bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan ilmu2. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang terlebih pentingnya ialah mengamalkan ilmu yang kita ada.
Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk memahami dan meneliti tentang kehebatan dan keistimewaan surah al-Fatihah. Bukan hanya sekadar mengetahui tentang kelebihan surah Fatihah ini, malah saya menyeru kepada anda semua, agar kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu yang dikongsikan dibawah ini.
Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
  • Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
  • Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.
3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
  • Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
  • Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
  • Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):
  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)
  • Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
  • Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian
    “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.
Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
  1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik
    penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang
    menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
  2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
  3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
  4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah.
Wallahualam

Wednesday, 14 December 2011

Renunglah


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(13
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ (14)- النساء: 13-14
Yang bermaksud : Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. – Surah Al-Nisa’, ayat 13-14