Wednesday 30 November 2011

ANALISA SOALAN PERCUBAAN EKONOMI ASAS 2011 (SOALAN 2)

MELAKA
- Pengiraan caruman KWSP
- Item potongan wajib
- Belanjawan peribadi (Maksud dan kepentingan)
- Tabungan (Cara-cara)
-Perbezaan pelaburan dengan tabungan (pulangan)
PAHANG
- Belanjawan peribadi (Keadaan dan penyata baru)
- Pengiraan pendapatan bolehguna
- Tabungan (Tujuan dan konsep)
- Upah benar
- Pembentukan keluk permintaan
KEDAH
- Pengiraan cukai pendapatan dan pendapatan bolehguna
- Kegunaan pendapatan bolehguna
- Keperluan dan kehendak
- Sektor ekonomi dan perbezaan antara sektor pertama dengan sektor ketiga
 JOHOR
-  Belanjawan peribadi (Maksud dan kepentingan)
- Pengiraan pendapatan bolehguna
- Peranan isirumah
- Pembentukan keluk permintaan
- Pengiraan keanjalan harga permintaan dan taksiran nilai pekali keanjalan
PERLIS
-Tabungan (Konsep)
- Penentu permintaan (Peralihan keluk)
- Pengiraan keanjalan harga permintaan dan tentukan strategi firma
- Perbezaan perubahan dengan peralihan keluk penawaran
- Pengeluaran (Hubungan antara keluaran purata dengan keluaran sut)
PERAK
- Perbezaan perubahan dengan peralihan keluk permintaan
- Sumber pendapatan
- Belanjawan peribadi (Tujuan)
- Pembentukan rajah aliran pusingan pendapatan
KELANTAN
- Definisi permintaan (Permintaan berkesan)
- Penentu permintaan
- Pengiraan keanjalan harga permintaan dan taksiran nilai pekali keanjalan
 - Pengeluaran (Hubungan antara jumlah keluaran, keluaran purata dengan keluaran sut)
- Pengiraan penawaran individu dan pasaran
- Pembentukan keluk penawaran

ANALISA SOALAN PERCUBAAN EKONOMI ASAS 2011 (SOALAN 1)

SOALAN 1
MELAKA

- Jenis barang (barang ekonomi)
- Ciri-ciri barang ekonomi
- Masalah ekonomi (Firma)
- Perbezaan Sistem Ekonomi Campuran dengan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat menyelesaikan masalah asas ekonomi
- Faktor pemilihan pekerjaan
PAHANG
- Masalah ekonomi (Firma)
- Perbezaan jenis barang (Barang percuma dengan Barang ekonomi)
- Ciri sistem ekonomi campuran
- Pengiraan cukai pendapatan
- Sumber pendapatan individu
KEDAH
- Masalah ekonomi (Isirumah)
- Jenis barang (Barang ekonomi dengan Barang awam)
- Ciri-ciri barang (Barang ekonomi dengan Barang awam)
- Sistem ekonomi (Sistem ekonomi kapitalis dengan Sistem ekonomi perancangan pusat)
- Ciri-ciri Sistem ekonomi kapitalis
- Perbezaan  Sistem ekonomi kapitalis dengan Sistem ekonomi perancangan pusat dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi
JOHOR
- Masalah ekonomi (Isirumah)
- Sistem ekonomi dan cirinya (Sistem ekonomi campuran)
- Perbezaan  Sistem ekonomi kapitalis dengan Sistem ekonomi perancangan pusat dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi
- Sumber pendapatan individu
PERLIS
- Sumber ekonomi
- Masalah ekonomi (firma)
- Jenis barang (Barang percuma dengan Barang ekonomi)
- Perbezaan antara Barang percuma dengan Barang ekonomi
- Sistem ekonomi Islam  menyelesaikan  masalah asas ekonomi
- Pengiraan pendapatan boleh guna
PERAK
- Masalah ekonomi (Firma)
- Perbezaan jenis barang (Barang percuma dengan Barang ekonomi)
- Sistem ekonomi (Sistem ekonomi kapitalis dengan Sistem ekonomi perancangan pusat)
- Penyelesaian masalah asas ekonomi oleh  Sistem ekonomi kapitalis
- Keseimbangan pasaran buruh
KELANTAN
- Jenis barang dan cirinya (Barang awam)
- Sistem ekonomi kapitalis  menyelesaikan  masalah asas ekonomi
-  Pengiraan pendapatan boleh guna
- Perbezaan antara tabungan dengan pelaburan dari segi pulangan
- Sebab bank perdagangan kenakan kadar faedah kepada peminjam

Tuesday 29 November 2011

RUMUS EKONOMI ASAS TINGKATAN 4 DAN 5

1. Upah benar = Upah wang
                          ------------
                          Harga purata barang


2. Jumlah faedah = Pokok X Kadar X Tempoh

3. Untung = Jumlah hasil (harga seunit X Jumlah keluaran) - Jumlah kos (Kos tetap + Kos berubah)

4. Pendapatan individu = Sewa + Upah + Faedah + Untung + Dividen + Bayaran pindahan

5. Potongan Wajib = Cukai pendapatan + Caruman KWSP + Caruman PERKESO + Zakat

6. Pendapatan bolehguna = Jumlah pendapatan individu - Jumlah potongan wajib

7. Tabungan (S) = Pendapatan bolehguna - Perbelanjaan individu (C)

8. Pelepasan cukai = Diri sendiri + Isteri + Anak + Caruman KWSP + Premium insuran nyawa
                                 + Perbelanjaan rawatan ibubapa + Belian buku dan majalah

9. Pendapatan boleh cukai = Jumlah pendapatan tahunan - Jumlah pelapasan cukai

10. Keanjalan harga permintaan atau penawaran

                           Q1 - Q0
                          ---------- X 100
                               Q0
    Ed atau Es = -------------------
                           P1 - P0
                          ---------- X 100
                               P0

11. Keluaran purata =      Jumlah keluaran
                                  ------------------------
                                  Bilangan faktor berubah

12. Jumlah keluaran = Keluaran purata X Input berubah

13. Keluaran sut = Perubahan Jumlah keluaran (JK baru - JK lama)
                             -----------------------------------------------
                             Perubahan input berubah (IB baru - IB lama) 

14. Jumlah kos = Kos tetap + Kos berubah atau Kos purata X Bilangan output

15. Kos tetap = Jumlah kos - Kos berubah atau Jumlah kos apabila output = 0

16. Kos berubah = Jumlah kos - Kos tetap

17. Kos purata =    Jumlah kos
                          ----------------
                           Bilangan output  

18. Kos sut =  Perubahan jumlah kos         atau       Perubahan kos berubah
                       -----------------------                     ------------------------
                          Perubahan output                          Perubahan output

19. Permintaan pasaran = Permintaan Individu A + Permintaan Individu B + dan seterusnya pada 
                                        satu tingkat harga tertentu

20. Penawaran pasaran = Penawaran Individu A + Penawaran Individu B + dan seterusnya pada 
                                        satu tingkat harga tertentu

21. Belanjawan negara = Hasil - Perbelanjaan

22. Imbangan dagangan = Jumlah nilai eksport nampak - Jumlah nilai import nampak

23. Imbangan akaun semasa = Imbangan dagangan + Imbangan perkhidmatan + Imbangan pendapatan
                                               + Pindahan bersih

24. Pertukaran asing : 1. Tukar RM ke mata wang asing  - Bahagi
                                  2. Tukar mata wang asing ke RM  - Darab

Senam Minda EA 2011 (2)

1. Dengan menggunakan gambarajah, jelaskan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta sesuatu barang
    (7m)

2. a) Bezakan perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan (8m)
    b) Jelaskan mengapa berlaku perubahan permintaan (6m)

  Jenis barang                % Perubahan Kuantiti                  % Perubahan harga
          X                                    50                                                 20
          Y                                    25                                                 25
          Z                                    30                                                 60

3. a) Hitungkan nilai keanjalan harga permintaan bagi setiap barang (3m)
    b) Terangkan strategi yang boleh diambil oleh firma untuk memaksimumkan keuntungan setiap barang itu
        (9m)

4. Jelaskan keanjalan harga permintaan dan jenis-jenisnya (8m)

5. Andaikan kerajaan telah menaikkan kadar caruman pekerja KWSP, apakah kesan tindakan kerajaan
    ke atas permintaan barang berikut: (6m)
         i) gula
        ii) perabot import
       iii) ubi kayu

6. Berikan maksud firma dan peranannya (5m)

Gambar B
Gambar A














7. a) Nyatakan jenis input yang terlibat (2m)
    b) Berikan tiga perbezaan antara gambar A dengan gambar B (6m)

        Jadual di bawah menunjukkan kos pengeluaran jangka pendek bagi baju batik sutera

                 Jumlah keluaran               Kos purata                  Kos sut
                           0                                  -                               -
                           1                                120                            20
                           2                                  66                            12
                           3                                  50                            18
                           4                                  44                            26
                           5                                  44                            44
                           6                                  46                            56
                           7                                  48                            60
                           8                                  50                            44

8. Berdasarkan jadual di atas, terangkan hubungan di antara jumlah keluaran dengan kos purata dan
    kos sut (8m)

                   Berikut ialah kos yang terlibat dalam proses pengeluaran sebuah firma

                              * Bahan mentah                  * Cukai jualan
                              * Sewa tapak kilang           *  Insuran kebakaran kilang

9. a) Berdasarkan pernyataan di atas, tentukan jenis kosnya (2m)
    b) Terangkan setiap jenis kos yang terlibat (4m)

       Maklumat di bawah menunjukkan perbelanjaan Syarikat M&R Sdn. Bhd.

                Kos tetap : RM22,500
                Kos berubah : RM11,200
                Keluaran : 50,000 unit
                Harga seunit : RM1.00 seunit

10. a) Hitungkan kos purata dan jumlah keuntungan atau kerugian syarikat tersebut (3m)
      b) Nyatakan jangkamasa syarikat ini dan berikan alasan (2m)

11. a) Dengan bantuan gambarajah, terangkan pembentukan keluk penawaran (8m)
      b) Berdasarkan gambarajah yang dilukis, terangkan hukum penawaran (4m)

12. a) Terangkan tiga faktor yang menyebabkan berlakunya peralihan keluk penawaran (6m)
      b) Bezakan antara perubahan kuantiti yang ditawar dengan perubahan penawaran (4m)

                            Harga (RM)                   Kuantiti ditawar (unit)
                                5                                           6
                              10                                           9

13. a) Berdasarkan jadual di atas, hitungkan nilai pekali keanjalan harga penawaran barang tersebut (3m)
      b) Tafsirkan jenis keanjalan harga penawaran. (6m)

14. a) Apakah maksud pasaran (3m)
      b) Bezakan permintaan pasaran dengan penawaran pasaran (6m)

15. Bezakan aliran fizikal dengan aliran wang dalam ekonomi dua sektor (8m)

        " Syarikat Nadia Sdn. Bhd. mengeluarkan beg sekolah. Pn. Farahin membeli 4 buah beg sekolah
          keluaran syarikat tersebut dengan harga RM120. Cik Munira pula ialah anak Pn. Farahin yang
          bekerja sebagai kerani jualan di syarikat Nadia Sdn. Bhd. Beliau dibayar gaji sebanyak RM800
          sebulan"

16. Berdasarkan pernyataan di atas, lukiskan rajah aliran pusingan pendapatan. (8m)

Senam Minda EA 2011

1. Berikan maksud ekonomi (3m)
2. Terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam proses pengeluaran (8m)
3. Gambar 1 : Rumah banglo, Gambar 2 : Perkhidmatan bomba
    a) Apakah jenis barang tersebut (2m)
    b) Bandingkan ciri-ciri barang di atas (8m)

"Syarikat Bimo Juta bercadang untuk membuka kilang roti di Madinah untuk pasaran di negara-negara Islam"

4. Huraikan dua masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh syarikat tersebut (6m)

Negara M
* Kebebasan dalam pemilikan sumber ekonomi akan dikawal oleh kerajaan melalui undang-undang
* Pihak swasta, kerajaan dan individu bebas membuat pilihan

5. a) Nyatakan sistem ekonomi yang diamalkan di negara M (1m)
    b) Terangkan ciri sistem ekonomi negara M selain daripada  ciri yang dinyatakan di atas (6m)
    c) Terangkan cara penyelesaikan masalah asas ekonomi di antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi campuran (12m)

6. Bagaimana individu membelanjakan pendapatan bolehgunanya? (9m)

7. Hitungkan cukai pendapatan berdasarkan maklumat berikut: (8m)
         * Pendapatan tahunan En. Faezuan RM50,000
         * isteri tidak bekerja
         * anak 3 orang masih bersekolah
         * perubatan ibubapa RM1500
         * caruman KWSP RM5000
         * premium insuran nyawa RM1500
   Maklumat Pelepasan Cukai:
         * Diri RM8000, Isteri RM3000, Anak RM1000 seorang, Caruman KWSP dan Insuran nyawa maksimum RM5000, Rawatan ibubapa maksimum RM5000
   Kadar cukai yang dikenakan:
         RM5000 pertama 0%
         RM10,000 berikut 1%
         RM15,000 berikut 3%
         RM20,000 berikut 5%

8. Kirakan pendapatan bolehguna berdasarkan maklumat di bawah (7m)
         * Gaji RM4000
         * KWSP RM360
         * Cukai RM15
         * PERKESO RM20
         * Insuran nyawa RM100
         * Faedah simpanan RM100

9. Bezakan ciri-ciri barang keperluan dengan barang kehendak (6m)

         X + Perbelanjaan = Pendapatan - Potongan Wajib

10. a) Apakah X (1m)
      b) Terangkan tiga kepentingan tabungan kepada individu (6m)
      c) Bezakan pulangan tabungan dengan pulangan pelaburan (6m)

11. Terangkan langkah-langkah bagi menyediakan belanjawan peribadi (6m)

Monday 28 November 2011

TOPIK PENTING EKONOMI ASAS 2011(KERTAS 2)

TINGKATAN 4
BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI
1. Definisi
2. Masalah asas ekonomi
3. Jenis barang
4. Sistem ekonomi Campuran
BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU
1. Jenis pendapatan
2. Sumber pendapatan
3. Pengiraan pendapatan bolehguna dan cukai pendapatan
4. Keperluan dan kehendak
5. Perbelanjaan penggunaan
6. Belanjawan peribadi
7. Tabungan
BAB 3 : ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA
1. Hukum permintaan
2. Penentu (faktor) permintaan
3. Pengiraan keanjalan dan takrifan
BAB 4 : FIRMA SEBAGAI PENGELUAR
1. Peranan firma
2. Pengeluaran dan kos
3. Pembentukan keluk penawaran
4. Penentu penawaran
5. Keanjalan penawaran
BAB 5 : PASARAN
1. Definisi pasaran
2. Kesimbangan pasaran buruh
3. Pembentukan rajah aliran pusingan pendapatan ekonomi 2 sektor
4. Aliran wang dan aliran fizikal
TINGKATAN 5
BAB 1 : WANG, BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN
1. Fungsi wang
2. Bank pusat - cara selesai masalah ekonomi
3. Bank perdagangan - perkhidmatan
4. Bank Islam - konsep SPI - Al wadiah, Al-takjiri
5. Institusi kewangan bukan bank - cara menggalakkan tabungan
BAB 2 : KEGIATAN EKONOMI NEGARA
1. Struktur ekonomi negara - faktor perubahan
2. Masalah dan kesan pergantungan kepada sektor utama
3. Perbelanjaan kerajaan - Perbezaan
4. Hutang negara - tujuan dan kesan/implikasi
BAB 3 : HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA
1. Perdagangan antarabangsa - Imbangan dagangan dan imbangan pembayaran
2. Pertukaran asing - Kadar pertukaran asing (KPA)
                              - Kesan perubahan KPA
                              - Kesan perubahan eksport dan import

SELAMAT MEMBACA, MENGHAFAL DAN MEMBUAT LATIHAN. CIKGU DOAKAN KAMU SEMUA MENDAPAT A+ DALAM PEPERIKSAAN SPM 2011, (AMIN)

Sunday 6 November 2011

Latihan 5

CUKAI LANGSUNG KERAJAAN PERSEKUTUAN (RM JUTA)

1997
1998
Cukai pendapatan syarikat
Cukai pendapatan perseorangan
Cukai pendapatan petroleum
Lain-lain cukai
16400
6466
3432
3269
17950
6989
3147
3370

Sumber: Diubahsuai daripada Laporan Ekonomi 1997/98
(a)
Berdasarkan jadual di atas;
(I) Hitung peratus sumbangan setiap jenis cukai tersebut dalam tahun
1998.
[4 markah]
(II) Lukiskan carta pai, bagi menunjukkan cukai langsung kerajaan
persekutuan untuk tahun 1998
[7 markah]
(III) Hitung peratus pertambahan cukai langsung kerajaan persekutuan
antara tahun 1997 dengan tahun 1998.
[2 markah]
(b)
Kenapa kerajaan masih mengenakan cukai langsung kepada rakyat?
[6 markah]
(c)
Masalah kegawatan ekonomi di Malaysia, menyebabkan kadar
pengangguran semakin meningkat.
Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah pengangguran ini.
[6 markah]

Latihan 4


4
(a)
Baru-baru ini Bank Dunia telah melulus serta
menyalurkan pinjaman AS$300 juta kepada Malaysia
untuk perlaksanaan program sosial, termasuk
pembasmian kemiskinan, pertanian, pendidikan dan
kemudahan perubatan.
Sumber: Berita Harian, Selasa, 22.7.98.
(disesuaikan)
Pernyataan di atas merujuk kepada pentingnya pinjaman untuk
melaksanakan pelbagai program kepada Malaysia.
Jelaskan sumber-sumber pinjaman lain yang boleh dilakukan oleh
kerajaan untuk melaksanakan program-program tersebut.
[10 markah]

(b)
Terangkan bagaimanakah cara-cara kerajaan memperoleh pinjaman-
pinjaman tersebut.
[10 markah]

(c)
Mengapakah kerajaan perlu berhutang?
[5 markah]

Latihan 3


3
(a)
“Kurangkan gula dalam minuman
Tambahkan manis dalam senyuman’’
(Kempen kurangkan penggunaan gula)
Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah melancarkan kempen
mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan harian.
Berdasarkan peristiwa-peristiwa berikut, jelaskan kesannya ke atas
pasaran gula (setiap peristiwa adalah berasingan):
(I)    Kempen terhadap pencegahan penyakit diabetes.
(II)   Perayaan Hari Raya Puasa.
(III)   Penanaman tebu yang semakin meluas kerana penerokaan
tanah-tanah baru.
(IV)  Terdapat nya aktiviti menyeludup gula ke luar negara.
[12 markah]

(b)
Permintaan yang tinggi terhadap ayam telah menyebabkan harga
ayam di pasaran meningkat.
Dengan berpandukan gambarajah keseimbangan pasaran, jelaskan
bagaimanakah keseimbangan pasaran ayam dapat dicapai.
[13 markah]